hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Friday, November 22, 2013

" Takpe, ego tu lah yang buat saya jatuh sayang. "



Panjang pulak tajuk entry.


Terjebak menaip entry ni lepas TERdengar lagu New Boyz tu kat laptop sendiri. Sejarah Mungkin Berulang. Haaaaa bergenang jugak ayaq mata ni. Tskk T_T


andaiku turut rasa hatiiiiiiiiiiiiiiiiiii
telah jauh ku bawa diri......
tapi kemaafan ku lahir dari hati,,,, mengatasiiiiiiiiiiiiiiiii...


sejarah mungkin berulang.....anngggggg  ( kesat ayaq mata. sobbs )

walau engkau ku maafkan,, oh kekasihhhhh
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hati muuuuuuuu...uuuuuuuuuuuuu



" Sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kau tak mampu untuk berjalan. Sejarah untuk dijadikan pedoman bukan buat kau terusan meroyan. Sejarah untuk kau sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kau untuk terus tenggelam. Faham sejarah dan kau akan faham erti kehidupan yang sebenar."- unknown.



Tajuk entry dengan sejarah ni tak ada kaitan apa apa pun sebenar nya. Tapi tu lah.. Sebab ego tu lah buat saya TERjatuh sayang kat awak sekarang ni. Alaaa makin rasa susah nak dapat, makin senang sayang nii melekat. Apakehal lah ni oiiii. Dok gemor lah camni. 


Ada yang kata perigi cari timba ni jenis taktahu malu. Muka tebal patbelas inci. Choiiii. Tapi gua tak kesah langsung. Korang lupa ke yang Siti Khadijah yang melamar Rasulullah SAW untuk jadi suami beliau. Haaaa lupa lah tu kan. Takpe. Ni gua nak flashback. Biar korang ingat.

Di dalam kisah Siti Khadijah dan Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah yang terlebih dahulu menyatakan keinginannya untuk menikah dengan Rasulullah. Melalui sahabatnya, Siti Khadijah menyampaikan keinginan itu. Hal ini menjadi sebuah jalan bagi wanita untuk tidak malu atau takut mengutarakan keinginan hatinya menikah dengan seorang pria baik, soleh dan berakhlak mulia. Menikah adalah tujuan yang mulia, jadi tidak perlu malu untuk sebuah tujuan mulia yang suci. Kalaupun lamaran itu tidak diterima, janganlah malu, karena Allah SWT pasti punya jawaban terbaik untuk menjawab jodoh seorang wanita.

Makanya, saya tak rasa menyesal pun sayang awak melainkan awak yang rasa malu nak berkawan dengan saya. Saya sayang awak, walaupun saya tak cukup baik untuk awak. Ya, ego awak tinggi sangat. Kenapa saya kata tinggi ? Sebabnya sepanjang kita kenal, baru sekali awak cakap MAAF dengan saya. Tu pun bulan 6 hari tu. Time tu saya terharu giler youuuuuuuuuuuu. Rasa macam nak peluk peluk je awak masa tu. Oke. Tampar pipi sendiri kejap,, eeeiii tak malu !!! -.-'




Awak, bila agaknya 'saya' dan 'awak' akan jadi 'kita' ????? Akan jadi ke 'kita' tu ????





Sekian




*oke. sambung buat chapter 3 fyp proposal . stressnyaaaaaaaaaaa kita. -.-'


Saturday, November 16, 2013

Surat Maya untuk AWAK !!!

Sepanjang malam saya merenung laptop saya. Dan akhirnya saya putuskan untuk menulis sepucuk surat di alam maya buat saudara yang semakin hari semakin kuat melekat di hati saya.


Saudara,

Bagaimana angin malam di sana ? Kencang atau biasa biasa saja ? Bagaimana suhu di tempat saudara? Sejuk atau suam suam kuku sahaja ? Dan macam mana senyuman saudara ? Masih kah sama seperti sebelum sebelum nya ?


Saudara,

Tak perlu di utuskan sekeping gambar melalui teknologi terkini di saat dan tika ini kerna wajah saudara paling jelas di hati. Senyuman saudara juga paling terakam di sanubari. Tak perlu di khabarkan berapa banyak tahap rindu ini. Kerna hanya DIA yang tahu isi hati ini. Dan tak perlu di suruh memilih kerna sudah tahu siapa yang terpilih.


" Semoga lelaki yang pendiam itu menjadikan diam itu sebagai satu kebaikan. Semoga seorang lelaki yang pernah di kecewakan itu menjadikan kekecewaan itu suatu pengajaran. Semoga seorang lelaki yang pernah terluka itu menjadikan luka itu sebagai pengalaman di masa depan.


Dan semoga seorang lelaki yang saya sayangi itu sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan. Semoga hilang segala kedukaan. Hilang segala kesengsaraan. Hilang segala kekusutan. Dan diberikan kemenangan serta kesenangan dalam pembelajaran, dalam kehidupan seharian. Juga kebahagiaan. Aminn. " - Monolog dalaman.


Saudara,

Selamat malam. Semoga esok saya masih diberikan kesempatan untuk menyayangi saudara walaupun cuma dalam diam, juga tanpa pengetahuan. 



16 November 2013, 1:11 pagi.


Tuesday, November 12, 2013

I'm sorry if I miss you.




Rindu ?
Salah ke aku?
Nak rindu kamu?



Aku rindu kau . Tapi aku tahu, aku, kau tak pernah rindu. Andai satu hari nanti aku menghilang, apa kau rasa ? Apa kau suka atau kau duka ? Cuma satu. Aku nak kau dengar lagu Najwa Latiff tu, 'I Love You'. Memang lagu tu macam lagu bebudak tingkatan satu . tapi ayat, deep sangat menusuk kalbu..



Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata



Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu



I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you



Mungkin kita tak bersama itu takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia
*Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu



I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you.


So, sebelum aku tidur, cuba kau baca ayat yang aku hitamkan kat atas tu. Kau baca. Kau paham. Dan kau save dalam hati kau. Aku nak kau tahu, even hati kau bukan milik aku sejak dari dulu, even aku tak lawa macam ex kau yang dulu, even aku bukan taste kau, tapi insyaAllah aku ada kalau kau perlukan sesiapa. Aku ada kalau kau sedang berduka. Aku ada. Ada. Dan aku harap kau tak lupa yang aku ada.


Sebelom aku undur diri, satu hal aku nak bagitahu. Aku kurang suka satu ayat kau " Enjoy the silent ". Sebab kebanyakkan yang diam ni, diam diam diorang, ubi berisi berketol ketol. Aku bukan nak tuduh kau apa apa tapi aku bercakap based on pengalaman sendiri. Aku pun serupa kau. Takut di kecewakan lagi. Ya. Takut. 




*Off laptop, tarik selimut, kemas buku, baca doa, dan tidur. Berharap kau muncul dalam mimpi aku. Oh indahnya saat tu.

Sunday, October 20, 2013

Awak, izinkan saya......

Assalamualaikum.


Entry ni aku tulis after selesai menonton video si Dena Bahrin tu kat youtube. A video about how she got a propose from her husband about one year ago. So sweet. Masa tu umur dia baru 19 tahun. Mengalir air mata aku tengok. Sweet sangat. :')

Sebenarnya banyak kisah aku nak cerita kat sini. Cuma sometimes aku rasa, I have no need to tell the world all about my life. Ada jugak yang perlu kita simpan dan cuma perlu di cerita pada Dia.

Manusia terkadang tak lari dari kekhilafan. Aku akui tu semua. Banyak khilaf aku. Sometimes aku selalu buat salah tanpa aku sedar. Kadang, sebelum aku buat something, aku tak pikir dulu. Kadang, sebelum aku cakap something, aku tak pikir dulu. Dan it's make someone terasa hati. Ya Allah, bersalah nya rasa diri ini. Yes, kejadian siang tadi buat aku terdetik hati nak update entry ni.

To awak, even awak tak baca blog saya ni, saya tetap nak cakap, yang saya nak mintak maaf, yang saya tak sengaja merungut macam tu tadi. Sepatutnya saya dah paham. Sepatutnya saya dah kenal awak macam mana. Your personality. Tapi terkadang saya lupa... tadi,, tu khilaf saya. Saya tahu, perahu kalau terlajak boleh di undur, tapi kata, terlajak kata, badan binasa. Ya, saya tahu tu.

Awak, tolong jangan mintak saya pergi macam tadi. Tolong jangan mintak saya lari. Saya tahu, even rasa ni cuma saya je yang rasa, cuma saya je yang ada. Tapi awak, saya selalu berdoa semoga satu hari nanti awak juga rasa apa yang saya rasa sekarang. Ya. Rasa sayang yang saya pun taktahu bila ia ada. Awak,,,,, untuk pengetahuan awak, bekas kekasih hati, pujaan hati, yang dulu saya selalu story, dah lama luput dari hati ni. Yang ada sekarang cuma awak, satu satunya di hati. Saya taktahu awak sedar ke tak yang saya dah mula sayang awak even saya tak pernah cakap. Tapi saya harap awak tahu yang saya sayang awak. Memang saya tak secantik ex girlfriend awak dulu. Memang saya tak sesempurna cinta hati awak dulu. Ya, saya mengaku, saya banyak kekurangan. Banyak. Dari atas sampai bawah. Dari dahi sampai kaki. Tapi, saya harap satu hari nanti, pintu hati awak akan terbuka untuk terima segala kekurangan saya. Segala cacat cela saya. Segala baik buruk saya. Saya tahu, kita memasing masih muda. Still banyak hal lagi yang perlu difikirkan. About study, about life after graduated nanti, tapi entah lah awak,, hati ni.

Sebenarnya, since kenal awak, sikit demi sikit saya berubah. Berubah ke arah kebaikan mungkin. It starts bila satu hari tu awak tegur saya pasal rambut. Ya. Semua bermula dari rambut. Mungkin awak dah lupa. But, not me. Kalau dulu, saya tak hirau pasal semua tu. Tapi sekarang, Alhamdulillah, saya syukur sangat sangat pasal teguran tu. Thanks awak. Thank you.

Awak, andai satu hari nanti, awak pergi dari hidup saya, saya redha. Sebab saya tahu, sebanyak mana pun usaha saya, andai bukan nama awak tercatat untuk saya, saya hanya mampu terima dengan hati yang terbuka. Dan redha dengan ketentuanNya.

Awak, terima kasih untuk waktu yang telah awak berikan untuk saya selama kita kenal. Banyak jasa awak. Banyak tenaga awak bazirkan untuk saya. I appreciate it.

Last but not least,
Awak, izinkan saya,,,,,,, untuk membahagiakan awak walaupun cuma sementara waktu sahaja..........

                                                                                                                       

                                                                                                                         
                                                                                                         

                                                                                                               Sunday, 20/10/2013, 2:39 a.m.


Thursday, August 15, 2013

Cinta itu lalai.


Rabb.
Aku tahu cinta sebelum nikah itu lalai. Cinta itu di terjemah selepas nikah. Bukan sekarang masanya. Bukan saat sekarang untuk merintih pada cinta yang tidak halal sebenarnya.

Rabb.
Hanya padaMu cinta yang hakiki. Abadi. Tidak mati. Tidak luput dek hari. Maafkan aku ya Rabb andai lalai dalam cintaMu. Maafkan aku andai luput dalam bicara cinta padaMu.

Rabb.
Cinta pada hambaMu itu adalah tidak kekal. Sampai bila bila. Cinta itu akan pergi kerna duniawi ini juga tiada satu pun yang akan kekal abadi.

Rabb.
Ada 3 peringkat cinta. Cinta agung hanya untukMu. Cinta pertengahan hanya untuk sang halal. Terakhir, cinta hina aku mohon jauhkan. Biarkan aku kekal dengan cinta agungMu ya Rabb. Biarkan aku tidak lagi sakit dan di sakiti berkali kali.

Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Pabila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan rebah.

Rabb.
Kerana pernah tersungkur, aku memahami apa erti kebahagiaan melalui jatuhnya dulu.


Bila Allah kata "YA", tiada siapa mampu kata "TIDAK". Tapi bila ALLAH kata "TIDAK", tiada satu kuasa pun mampu berkata "YA". Percayalah. Kun FayaKun.

Rabb.
Andai benar insan yang aku rindu, yang aku sayang sekarang, jodohku, kau satukanlah hati kami. Permudahkanlah hubungan kami hingga menjadi halal di mataMu. Janganlah kau lalaikan hati kami. Aku mohon ya Rabb, jika dia bukan jodohku, kau hilangkan lah segala pesonanya dari mataku, kau redhakan lah hati ku. Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon, ya Rabb. Ameen :')






Ps: Perempuan tak perlu intan. Tak perlu permata. Cukup dengan perhatian. Kau akan buat dia perempuan yang paling bahagia.



Thursday, July 25, 2013

Perempuan & Demand.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah 15 hari kita berpuasa. Pejam celik pejam celik. Kejap je masa berlalu. Cuti semester aku pun dah nak habis. Tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi, insyaALLAH. Rasa macam dah lama tak update blog ni. Bukan kekangan masa tapi entah lah, even banyak cerita nak di kongsi bersama tapi mungkin belum sampai masa. So, malam ni dengan bertemankan koolfever di dahi ku yang luas bak kata someone, aku nak menulis sikit ni.... *demam uolls. sobbs. tskk T_T


Bismillah....

Lately, ramai lelaki kat FB cakap perempuan zaman sekarang terlalu demand. Haaaa tahu demand tu apa ? Rasanya semua dah tahu kot. So tak perlu lah kot aku nak belek kamus dewan ke kamus masyarakat ke nak cari maksud 'demand' tu. Memang ada perempuan sebegitu, tapi bukan semua. Jangan sebab perempuan tak sudi tumpang motor korang, terus di label kan demand..


Sorry to say.. Itu bukan demand. Itu maknanya MENJAGA diri. Demand tu bagi aku kalau yang mengada ngada nak naik kereta sport lah, nak rumah besar lah, nak pakwe kaya raya lah. Haa tu baru demand uolls. Seriously, Alhamdulillah, sejak zaman sekolah lagi aku dilarang abah sama sekali naik motor dengan mana mana lelaki bukan muhrim. Abah cakap, better jalan kaki together daripada naik motor bersama. Tapi tu tak bermakna aku tak pernah naik motor okeh. Kalau balik kampung, aku selalu jugak round round bandar naik motor dengan sepupu aku.


Zaman sekolah, zaman bercinta, cinta monyet, bila di ajak keluar bersama, aku tolak. Nak tahu sebab apa ? Sebab naik motor. Atau dalam erti kata lain, bahasa ganu,,, NGEPONG. Sorry, aku tak pernah merasa macam mana rasa ngepong tu. Entah lah. Bila aku tengok kawan kawan keluar dengan boipren masing masing, bonceng motor bersama, aku tak rasa dengki apa apa kot. Bukan nak hina diorang. Tak. Tu hak diorang. Cuma aku ni je yang tak minat semua tu. Harap jangan salah paham.


Then time tu lah kawan kawan lelaki dah cop aku ni demand. Rupa tak ada tapi memilih, nak yang berkereta je. Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan aku time tu. Seriously, maa selalu bagi motivated kat aku. " Ain. Hidup ni jangan terlalu memilih. Jangan tetapkan siapa jodoh kita. Semua tu kerja tuhan. Sekali tuhan tentukan jodoh kita, si pemesin rumput, kita kena terima seadanya. Redha. Terima dengan hati terbuka.". Itu je ayat yang maa selalu pesan kat aku. JANGAN MEMILIH.


Bukan aku nak hina pekerjaan mesin rumput tu. Tapi tu sebagai contoh. Sebab sekarang terlalu ramai perempuan yang cakap,, " eh, kalau kerja nurse, kena lah cari suami doktor ",, tak kurang jugak,,, " ala aku ni engineer, takkan nak kahwin dengan buruh kasar je, tak chill la beb ",, Jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. So girls, fikir dulu sebelum berkata kata.


Banyak beza keluar dengan motor dan kereta. Kalau motor, jarak antara kita dengan penunggang motor tu terlalu dekat. Dibuatnya si penunggang brek motor mengejut, then kita terpeluk dia, haaaaa itu dah dianggap ambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau kereta, time brek mengejut tu tak ada masalah apa apa kot. Paling tidak, terhantuk kat dashboard. Bengkak dahi sikit. Dah. Tu je kot.


So sekarang, lelaki perlu paham. Perempuan yang tak sudi naik motor korang tu bukan sebab dia demand, tapi sebab hal cenggini lah. Chill. Tapi kalau dah 'halal' nanti, aku sendiri kot request nak naik motor sama sama dengan sang jodoh, sambil menikmati keindahan pantai. Oh indahnya bila dah 'halal' kan. Heeee.


Sekian.


p/s : aku suka tengok 'dia' drive. tenang je. cool. sebab tu aku suka mintak 'dia' drive. orang cakap kan, lelaki yg cool time drive ni, dia pandai handle masalah. betul ke ? tapi serious, aku suka 'dia'. Ops :3




Wednesday, July 3, 2013

jatuh. bangun. senyum bahagia.


jatuh ? aku juga pernah jatuh. jatuh tangga. lukanya cuma seketika. tapi kalau jatuh cinta, sekali kecewa, lukanya, selamanya terasa.

bahagia ? semua nak rasa bahagia dalam cinta. aku pun sama. aku juga ingin bahagia. bahagia bersama insan yang aku cinta. yang aku suka. tapi bahagia tanpa akad cuma seketika. ya. itu aku dah tahu sebenarnya. tipu kalau aku cakap aku tak pernah bahagia. dulu aku juga pernah merasa bahagia. bahagia bersama insan yang aku cinta. yang aku angankan untuk sehidup semati bersama. tapi ternyata hubungan kami cuma seketika. tanpa banyak bicara, tanpa kata kata, dia tinggalkan aku begitu saja. 

kecewa ? ya. aku tersangat kecewa. tak mudah aku nak lupakan dia. tapi aku harus redha. redha dengan ketentuan DIA. betul. sekali terluka. selamanya terasa. 

tapi luka itu ada hikmah sebenarnya. Tuhan nak permudahkan jalan kita. jalan untuk menjejaki yang 'halal' buat kita. juga tuhan nak uji kita. tuhan uji tanda DIA sayang kita. 

sekarang, hati aku dah lega. dah boleh terima segalanya. dah lupa semuanya. biarlah 'dia' berbahagia. berbahagia bersama insan yang dia cinta. aku nampak dia bahagia. aku nampak kekasih dia duk canang canang kisah cinta mereka. biarlah mereka dengan cara mereka. semoga mereka bahagia hingga syurga sana.

pelik kenapa aku bercerita pasal ni ? entah lah. tetiba aku rasa takut. takut nak hadapi hari esok. 

ya. yang pergi itu memang cinta. tapi tak mustahil yang datang itu mungkin jodoh kita, jodoh sampai syurga.

sekian.



p/s : hati aku tengah 'jatuh' sekarang. jatuh suka. tapi biarlah tuhan yang tentukannya. biarlah hanya doa aku salurkan untuk 'dia'. moga sampai di hatinya. aminn ya robb.

Tuesday, July 2, 2013

Aku Menunggumu CINTA.



" Aku menunggumu cinta,
Untuk menjelma dalam rupa manusia,
Yang mampu kusentuh peluk,
Dan bermesra.

Tiadalah aku menanti kosong,
Tetapi dengan usaha,
Bukanlah aku melangkau batas terlarang,
Tetapi bergerak menghampiriNya.

Kalau benar cinta,
Pasti mahu ke syurga,
Maka apa-apa yang membawa ke neraka,
Aku berusaha menjauhinya.

Aku menunggumu cinta,
Menjelma sebagai manusia,
Dan aku menantimu dengan usaha,
Dalam perjalanan kepadaNya. "


Petikan Sebelum Aku Bernikah- Hilal Asyraf.



p/s: Remember, there are no mistakes, only lessons. Love yourself, trust your choices, and everything is possible.

Friday, June 28, 2013

JODOH. KERJA TUHAN.



indah sekarang, aku taknak.
bahagia sekarang, juga aku tak mahu.


aku takut itu semua sementara.
kecundang di pertengahan jalan.
juga kecewa di pengakhiran.




kerana cinta sebelum akad, nikmatnya cuma sementara. 
cuma seketika. 


aku cuma insan biasa.
aku takut hati aku tak tertanggung sengsaranya.
tak tertanggung sakitnya.


hati manusia, siapa boleh jangka ?
hari ni sayang katanya.
tapi mungkin esok, benci tiba-tiba.


sebetulnya betul kata Fynn Jamal, "Tutupkan hati aku dulu, bukakan ia cuma untuk lelaki yang KAU setuju menjadi suami aku".


maka
bila mahu yang halal,


kita,


tunggu.
sabar.
jangan gundah.
jangan menyerah.
jangan menyumpah.
insyaALLAH senyum bahagia di akhirnya. 


aminn ya robb.



Thursday, June 27, 2013

Mimpi. Monolog. Hati.









terkadang aku lemah. terkadang aku kuat. selemah mana pun aku. sekuat mana pun aku. aku cuma aku. aku perempuan yang sentiasa kecundang dengan cinta. juga kadang kadang kecewa dengan pelajaran. bila aku jatuh, aku belajar bangkit. bangkit sendiri. menyendiri. berdiri atas kaki sendiri. hmmm. aku taktahu apa yang ada dalam benak otakku. aku terfikir. kenapa tu semua terjadi padaku ? kenapa aku ? kenapa bukan insan lain ?

aku pernah bermimpi. bukan mimpi di siang hari. aku tertanya tanya. kenapa aku mimpi ? kenapa ? apa motifnya ? apa sebabnya ? ada yang kata mimpi cuma mainan. cuma mainan syaitan. tapi kenapa ianya bertandang di setiap malam ? betulkah apa yang aku rasa ni ? tapi yang membuatkan aku teringat pada satu perkara. yang mungkin punca aku mimpi. selalu mimpi. selalu. tanpa segan silu. mungkin itu. ya. mungkin itu,,,, RINDU.. 


Wednesday, June 26, 2013

JODOH itu antara AKU & KAU, dan menjadi KITA.

Assalamualaikum.



JODOH.


Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu bercinta dan amat perlu cinta, tapi sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani.

Aku tahu, jodoh itu rahsia DIA. Bercinta lama-lama, andai tak berjodoh, tak guna juga. Jangan ucap kata cinta, andai hati tak pandai nak setia. Jangan berlagak cinta, andai niat cuma untuk suka-suka. Kerna sekali kecewa, selamanya rasa itu akan datang menjelma.

Betul kata bonda, jangan memilih rupa, kerna rupa bukan segala galanya, juga tak selamanya bertahan seperti sediakala. Juga jangan memilih orang yang tersangat kita cinta, kerna belum tentu si dia mencintai kita sepertimana kita mencintai dia.


Dan bila cinta, bukan bermakna kita akan memiliki dia.

Maka bercintalah dengan sederhana. Kerna, cinta manusia takkan dapat mengatasi cinta DIA, cinta yang maha ESA.

Duhai teman. Lari kemana pun. Elak macam mana pun. Andai sudah tertulis itu jodohmu, depan kadi, depan wali, jua kan bertemu. Diiringi lafaz " Aku Terima Nikahnya ", juga diiringi setitis airmata bahagia dari mata indahmu,  maka tamatlah sudah pencarian jodoh di antara dua insan di dunia yang satu. Berbekalkan satu ikatan halal antara dia dan kamu, maka terbinalah satu kehidupan yang diredhai DIA yang SATU...



Ya ALLAH, indah percaturanNYA. Tak terungkap dengan kata-kata. Subhanallah.








P/s: Selamat malam 'kekasih'. Yang belum pasti siapa orangnya. Cuma saya yakin Tuhan dah takdirkan nanti, kita bakal bersama. JODOH itu antara AKU & KAU, dan menjadi KITA.



Tuesday, June 25, 2013

TENTANG RASA

Assalamualaikum.


Rasa.


Rasa cinta mencecap seribu rasa.


Semua merasa. Aku merasa. Kau juga merasa. Mereka merasa. Semua yang bernyawa di atas muka ini merasa. Bohonglah andai ada yang pernah cakap tak pernah merasa.


Merasa bukan hanya pada makanan. Juga bukan hanya pada minuman.


Tapi juga pada hati. Hati juga bisa merasa. Merasanya saat gembira. Merasanya saat berduka. Saat putus cinta. Saat semai cinta. Saat bercinta cinta.


Tapi rasa tu ternyata tak sama dengan rasa saat bercinta dengan DIA. Ya, DIA. Tuhan pencipta alam. Hanya satu satunya. Tanpa di balas kecewa. Tanpa di ignored kan kita begitu saja. Sentiasa ada. Di mana mana. Bukan seperti DIGI. Katanya 'BERSAMAMU,, bersama walau kemana jua' tapi hampeh. Lalu je kat kawasan berbukau sini sana, haprak pun tak ada. Itulah kah maksud bersamamu sentiasa ?


Maka,


Tetapkan dalam dada. Andai cinta manusia yang kita cari, sediakan sedikit ruang untuk kemungkinan luka yang akan kita hadapi di kemudian hari.


Tapi andai cinta dari DIA yang kita hajati, InsyaALLAH selamanya ianya hakiki dalam diri.




Sekian.

Thursday, May 9, 2013

Sebenarnya, saya BUKAN isteri dia lagi !

Assalamualaikum.


Almost dua bulan aku menyepi dari blog usang ini. Dan sekarang aku nak update blog ni. Post sebelum sebelum ni aku terlalu banyak bercerita pasal pujaan hati. Dan finally, pujaan hati sudah berjaya aku buang dari hati ini. Dan pujaan hati hanyalah sekadar pujaan di hati. Bukannya seluruh jiwa dan raga ini. Menyesal kah diri ini ? Nope. Tak perlu menanti andai orang dah tak sudi.

Kenapa aku tergerak hati nak update blog hari ni ? Sebab banyak sangat kejadian yang berlaku dalam hidup aku akhir akhir ni. Banyak sangat sangat sampai dah tak terkira dengan jari. Ada duka, ada juga happy. Oke, aku dah nak start story ni.

Kisah duka bila tahu yang aku di tipu hidup hidup oleh bekas kekasih hati. Ya ALLAH, sampai begini sekali aku di uji. Aku berterima kasih kepada DIA, sang pencipta segala kerana sedarkan aku tentang ini. Juga kepada teman teman yang sentiasa ada di sisi. Dan, aku  juga berterima kasih sangat kepada someone yang sentiasa ada tika aku memerlukan seseorang di sisi. Ya, 'someone' yang aku maksudkan ini sekarang dah jadi someone yang sangat sangat bermakna dalam diri ini. Dia yang muncul dikala aku ditinggal sepi. Dia yang muncul dikala aku ditipu lagi. Ya, dia. Mungkinkah dia hadiah dari Illahi ?

Ternyata istilah perigi mencari timba muncul lagi dalam hidup ini. Kenapa tuhan uji aku lagi sekali ? Kenapa aku lagi ? Tapi aku mengerti. Tuhan uji tanda sayang diri ini, bukan nya tanda benci. Entah bila, hati aku terpaut pada dia. Ya ALLAH, kenapa dia ? Kenapa dia, yang dulu hanya ku anggap sebagai adik sahaja. Kenapa ? Sejujurnya, perasaan aku ini bukan bohong semata mata. Sungguh, aku sayang dia. Aku sayang dia. Sayang dia. Semoga dia juga merasa apa yang aku rasa. Semoga aku bisa jaga hati dia. Semoga aku tak jadi bebanan dalam hidup dia. Tapi seandainya, aku bukan pilihan hati dia, aku redha. Sometimes, cinta tak seharusnya memiliki dan tak semua cinta harus di balas dengan cinta juga.

Dia pernah tanya, kenapa aku sayang dia ? Kenapa perasaan ini wujud untuk dia ? Kenapa ? Sebab, aku suka cara dia. Aku suka cara dia sayang Ummi dia. Dan tahukah dia, yang aku suka bila tiap kali dia buat sesuatu,  Ummi dia tahu semuanya.

Tapi satu ayat dia yang tak pernah aku lupa,, " Selagi diri ini masih bernafas, takkan kubiarkan dirimu menyendiri ".. Ya ALLAH, tak terkata bahagianya aku bila dia ungkapkan kata kata itu untuk diri ini. Sungguh, aku terasa seperti disayangi. Di hargai.








Aku sedar. Aku masih perlu memburu cinta DIA. Hanya DIA.



Sekian.


*lagu Kehilangan by Firman berkumandang time aku tengah menaip entry ini. Sangat terasa kehilangan hari ini. Sangat. Hanya ALLAH tempat aku mengadu. Ya. Hanya DIA.





Friday, March 8, 2013

Kehilangan.

Assalamualaikum...


First of all, thanks to ALLAH coz masih bagi aku bernafas hingga saat ini. Alhamdulillah. Bermacam dugaan aku hadapi sepanjang dua bulan ni.

Tapi syukur, sabar itu masih aku miliki. Even sometimes kesabaran aku cuma senipis kulit bawang. Nipis sangat. Sangat nipis. Dugaan demi dugaan datang. Aku kehilangan. Hilang duit. Hilang seseorang. Seseorang yang tak pernah dan takkan jadi milik aku selamanya. Mungkin. Tapi syukur aku masih ada keluarga dan kawan kawan. 

Dan satu hal yang aku bangga dengan Abah, Abah tabah tiap kali duit hilang. Ayat dia " Tu bukan rezeki kita ".. Itu je yang aku dengar selalu. Abah memang tabah. Aku jugak nak jadi setabah Abah. InsyaALLAH.

Aku tahu. Bukan saja-saja Allah mahu uji. Yakinlah, Allah rancangkan sesuatu. 'Sesuatu .......' :')




Senyumlah walau ada yang menyakiti. Senyumlah walau apa jua dugaan yang mendatangi. Senyumlah demi menutup kedukaan di hati. Senyumlah selagi termampu di bibir :')

Sekian.



Friday, January 4, 2013

Bila Orang Dah Benci,,, BUNUH DIRI ???

Assalamualaikum.


12.19 a.m.. 4 Januari 2013... Sekejap je kan rasanya dah 4 hari masuk tahun baru 2013... Lagi dua tahun aku kahwin.. *gatai. 


Bila orang dah benci,,, BUNUH DIRI ? Oh no. Itu bukan sesuatu yag baik. Itu dinamakan 'bangang'. Awat sampai bunuh diri ? Salah di sisi agama. Tak diterima tanah barangsiapa yang bunuh diri. Ya ALLAH janganlah kau pesongkan imanku yang senipis kulit bawang ini. Aminn ! ... 


Aku tahu dia tak pernah benci aku. Tak pernah. Tapi dia mendiamkan diri mungkin sebab nak bagi hint kat aku yang antara aku dan dia takkan pernah wujud perkataan COUPLE ! Aku tahu, dia baik. Tersangat baik sebenarnya. Dan tersangat mustahil andai dia membenci seseorang. So, tajuk entry ini, langsung tak berkaitan dengan Pujaan Hati. Ini cuma tajuk latest song from Saleem - Bila Orang Dah Benci.. But lirik lagu ni sebenarnya yang ada kaitan dengan Pujaan Hati !





Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
Oh…

Biarpun ku masih sayang
Kasihku tak pernah padam
Tetapi apakan daya
Terpaksa ku lepaskan

Sampai hatimu melihat diriku dihukum begini
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi

Mengapa sayang engkau hancurkan
Niat suciku menyunting dirimu
Sedangkan dulu engkau berjanji
Kau hanya milikku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna



Yes,, orang pun dah tak suka, dikenang pun tak guna.... Tapi bagi aku, makin orang tu menjauh, makin aku ingin mendekat. Mesti uolls pernah dengar si kumbang berkata " makin sukar di kejar, makin semangat untuk mengejar "... Oke, si bunga juga berhak buat macam tu. Kalau dulu memang lah lelaki yang perlu mulakan dulu, tapi SEKARANG, istilah perigi cari timba dah tak ada oke ! Sedangkan Siti Khadijah melamar Nabi kita. Why not kita, si bunga tak boleh melamar si kumbang kan ! :)


To Bakal Zaujku,,,,,,,,,,,,,,






P/S : Awak. Bagi ruang sikit dekat hati awak. 'Kasih sayang' saya nak masuk. Boleh? =,='


Sekian !



Wednesday, January 2, 2013

Setia Hujung Nyawa !

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, today dah masuk hari kedua untuk tahun 2013. Syukur, aku masih lagi bernyawa. Meneruskan sisa-sisa hidup ini. Oke, now umur dah makin meningkat. Dah masuk 22 tahun dah pun. Tapi tetap maintain comel tau. *sila muntah! Dan semoga pertambahan umur ini seiring dengan kematangan diri.



Setia hujung nyawa? Azam tahun baru ke? Nope. It's just a title of drama. Adaptasi from novel. Dan Setia Hujung Nyawa tu tajuk novel lah wehhhh..




Aku yakin dan tersangat yakin yang novel ni sure akan laris macam pisang goreng lah nanti. Tengok lah kalau tak caye. Novel Adam Dan Hawa yang dah berkurun lama aku beli tu pun sekarang dah macam pisang goreng panas kat storebook. Semua gara gara drama lah kan. Aku pun nak cari jugak novel kat atas ni. Nak tahu camne ending dia. Malas nak tunggu sampai habis drama tu. Hihihihi. Tapi kan, lagi best kalau Pujaan Hati yang hadiahkan novel ni. Mesti aku siap frame kan after habis baca. Berharga sangat sangat tahu even harga just RM 19.90... hihihihi... *berangan.  


AKU HANYA INGIN BERSAMAMU KERANA AKU TELAH TERLANJUR MENCINTAIMU.


Even ayat kat atas tu aku ambik dari novel Setia Hujung Nyawa, but i'm really mean it in my real life. Aku berharap sangat semoga bertemu cinta yang setia hingga hujung nyawa.







P/S : Bila nanti dah dapat apa yang kita perlu, kelak kita akan lupa dengan apa yang pernah kita mahu. 




Sekian.