hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Thursday, July 25, 2013

Perempuan & Demand.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah 15 hari kita berpuasa. Pejam celik pejam celik. Kejap je masa berlalu. Cuti semester aku pun dah nak habis. Tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi, insyaALLAH. Rasa macam dah lama tak update blog ni. Bukan kekangan masa tapi entah lah, even banyak cerita nak di kongsi bersama tapi mungkin belum sampai masa. So, malam ni dengan bertemankan koolfever di dahi ku yang luas bak kata someone, aku nak menulis sikit ni.... *demam uolls. sobbs. tskk T_T


Bismillah....

Lately, ramai lelaki kat FB cakap perempuan zaman sekarang terlalu demand. Haaaa tahu demand tu apa ? Rasanya semua dah tahu kot. So tak perlu lah kot aku nak belek kamus dewan ke kamus masyarakat ke nak cari maksud 'demand' tu. Memang ada perempuan sebegitu, tapi bukan semua. Jangan sebab perempuan tak sudi tumpang motor korang, terus di label kan demand..


Sorry to say.. Itu bukan demand. Itu maknanya MENJAGA diri. Demand tu bagi aku kalau yang mengada ngada nak naik kereta sport lah, nak rumah besar lah, nak pakwe kaya raya lah. Haa tu baru demand uolls. Seriously, Alhamdulillah, sejak zaman sekolah lagi aku dilarang abah sama sekali naik motor dengan mana mana lelaki bukan muhrim. Abah cakap, better jalan kaki together daripada naik motor bersama. Tapi tu tak bermakna aku tak pernah naik motor okeh. Kalau balik kampung, aku selalu jugak round round bandar naik motor dengan sepupu aku.


Zaman sekolah, zaman bercinta, cinta monyet, bila di ajak keluar bersama, aku tolak. Nak tahu sebab apa ? Sebab naik motor. Atau dalam erti kata lain, bahasa ganu,,, NGEPONG. Sorry, aku tak pernah merasa macam mana rasa ngepong tu. Entah lah. Bila aku tengok kawan kawan keluar dengan boipren masing masing, bonceng motor bersama, aku tak rasa dengki apa apa kot. Bukan nak hina diorang. Tak. Tu hak diorang. Cuma aku ni je yang tak minat semua tu. Harap jangan salah paham.


Then time tu lah kawan kawan lelaki dah cop aku ni demand. Rupa tak ada tapi memilih, nak yang berkereta je. Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan aku time tu. Seriously, maa selalu bagi motivated kat aku. " Ain. Hidup ni jangan terlalu memilih. Jangan tetapkan siapa jodoh kita. Semua tu kerja tuhan. Sekali tuhan tentukan jodoh kita, si pemesin rumput, kita kena terima seadanya. Redha. Terima dengan hati terbuka.". Itu je ayat yang maa selalu pesan kat aku. JANGAN MEMILIH.


Bukan aku nak hina pekerjaan mesin rumput tu. Tapi tu sebagai contoh. Sebab sekarang terlalu ramai perempuan yang cakap,, " eh, kalau kerja nurse, kena lah cari suami doktor ",, tak kurang jugak,,, " ala aku ni engineer, takkan nak kahwin dengan buruh kasar je, tak chill la beb ",, Jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. So girls, fikir dulu sebelum berkata kata.


Banyak beza keluar dengan motor dan kereta. Kalau motor, jarak antara kita dengan penunggang motor tu terlalu dekat. Dibuatnya si penunggang brek motor mengejut, then kita terpeluk dia, haaaaa itu dah dianggap ambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau kereta, time brek mengejut tu tak ada masalah apa apa kot. Paling tidak, terhantuk kat dashboard. Bengkak dahi sikit. Dah. Tu je kot.


So sekarang, lelaki perlu paham. Perempuan yang tak sudi naik motor korang tu bukan sebab dia demand, tapi sebab hal cenggini lah. Chill. Tapi kalau dah 'halal' nanti, aku sendiri kot request nak naik motor sama sama dengan sang jodoh, sambil menikmati keindahan pantai. Oh indahnya bila dah 'halal' kan. Heeee.


Sekian.


p/s : aku suka tengok 'dia' drive. tenang je. cool. sebab tu aku suka mintak 'dia' drive. orang cakap kan, lelaki yg cool time drive ni, dia pandai handle masalah. betul ke ? tapi serious, aku suka 'dia'. Ops :3




Wednesday, July 3, 2013

jatuh. bangun. senyum bahagia.


jatuh ? aku juga pernah jatuh. jatuh tangga. lukanya cuma seketika. tapi kalau jatuh cinta, sekali kecewa, lukanya, selamanya terasa.

bahagia ? semua nak rasa bahagia dalam cinta. aku pun sama. aku juga ingin bahagia. bahagia bersama insan yang aku cinta. yang aku suka. tapi bahagia tanpa akad cuma seketika. ya. itu aku dah tahu sebenarnya. tipu kalau aku cakap aku tak pernah bahagia. dulu aku juga pernah merasa bahagia. bahagia bersama insan yang aku cinta. yang aku angankan untuk sehidup semati bersama. tapi ternyata hubungan kami cuma seketika. tanpa banyak bicara, tanpa kata kata, dia tinggalkan aku begitu saja. 

kecewa ? ya. aku tersangat kecewa. tak mudah aku nak lupakan dia. tapi aku harus redha. redha dengan ketentuan DIA. betul. sekali terluka. selamanya terasa. 

tapi luka itu ada hikmah sebenarnya. Tuhan nak permudahkan jalan kita. jalan untuk menjejaki yang 'halal' buat kita. juga tuhan nak uji kita. tuhan uji tanda DIA sayang kita. 

sekarang, hati aku dah lega. dah boleh terima segalanya. dah lupa semuanya. biarlah 'dia' berbahagia. berbahagia bersama insan yang dia cinta. aku nampak dia bahagia. aku nampak kekasih dia duk canang canang kisah cinta mereka. biarlah mereka dengan cara mereka. semoga mereka bahagia hingga syurga sana.

pelik kenapa aku bercerita pasal ni ? entah lah. tetiba aku rasa takut. takut nak hadapi hari esok. 

ya. yang pergi itu memang cinta. tapi tak mustahil yang datang itu mungkin jodoh kita, jodoh sampai syurga.

sekian.



p/s : hati aku tengah 'jatuh' sekarang. jatuh suka. tapi biarlah tuhan yang tentukannya. biarlah hanya doa aku salurkan untuk 'dia'. moga sampai di hatinya. aminn ya robb.

Tuesday, July 2, 2013

Aku Menunggumu CINTA.



" Aku menunggumu cinta,
Untuk menjelma dalam rupa manusia,
Yang mampu kusentuh peluk,
Dan bermesra.

Tiadalah aku menanti kosong,
Tetapi dengan usaha,
Bukanlah aku melangkau batas terlarang,
Tetapi bergerak menghampiriNya.

Kalau benar cinta,
Pasti mahu ke syurga,
Maka apa-apa yang membawa ke neraka,
Aku berusaha menjauhinya.

Aku menunggumu cinta,
Menjelma sebagai manusia,
Dan aku menantimu dengan usaha,
Dalam perjalanan kepadaNya. "


Petikan Sebelum Aku Bernikah- Hilal Asyraf.



p/s: Remember, there are no mistakes, only lessons. Love yourself, trust your choices, and everything is possible.