hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Friday, June 28, 2013

JODOH. KERJA TUHAN.



indah sekarang, aku taknak.
bahagia sekarang, juga aku tak mahu.


aku takut itu semua sementara.
kecundang di pertengahan jalan.
juga kecewa di pengakhiran.




kerana cinta sebelum akad, nikmatnya cuma sementara. 
cuma seketika. 


aku cuma insan biasa.
aku takut hati aku tak tertanggung sengsaranya.
tak tertanggung sakitnya.


hati manusia, siapa boleh jangka ?
hari ni sayang katanya.
tapi mungkin esok, benci tiba-tiba.


sebetulnya betul kata Fynn Jamal, "Tutupkan hati aku dulu, bukakan ia cuma untuk lelaki yang KAU setuju menjadi suami aku".


maka
bila mahu yang halal,


kita,


tunggu.
sabar.
jangan gundah.
jangan menyerah.
jangan menyumpah.
insyaALLAH senyum bahagia di akhirnya. 


aminn ya robb.



Thursday, June 27, 2013

Mimpi. Monolog. Hati.









terkadang aku lemah. terkadang aku kuat. selemah mana pun aku. sekuat mana pun aku. aku cuma aku. aku perempuan yang sentiasa kecundang dengan cinta. juga kadang kadang kecewa dengan pelajaran. bila aku jatuh, aku belajar bangkit. bangkit sendiri. menyendiri. berdiri atas kaki sendiri. hmmm. aku taktahu apa yang ada dalam benak otakku. aku terfikir. kenapa tu semua terjadi padaku ? kenapa aku ? kenapa bukan insan lain ?

aku pernah bermimpi. bukan mimpi di siang hari. aku tertanya tanya. kenapa aku mimpi ? kenapa ? apa motifnya ? apa sebabnya ? ada yang kata mimpi cuma mainan. cuma mainan syaitan. tapi kenapa ianya bertandang di setiap malam ? betulkah apa yang aku rasa ni ? tapi yang membuatkan aku teringat pada satu perkara. yang mungkin punca aku mimpi. selalu mimpi. selalu. tanpa segan silu. mungkin itu. ya. mungkin itu,,,, RINDU.. 


Wednesday, June 26, 2013

JODOH itu antara AKU & KAU, dan menjadi KITA.

Assalamualaikum.



JODOH.


Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu bercinta dan amat perlu cinta, tapi sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani.

Aku tahu, jodoh itu rahsia DIA. Bercinta lama-lama, andai tak berjodoh, tak guna juga. Jangan ucap kata cinta, andai hati tak pandai nak setia. Jangan berlagak cinta, andai niat cuma untuk suka-suka. Kerna sekali kecewa, selamanya rasa itu akan datang menjelma.

Betul kata bonda, jangan memilih rupa, kerna rupa bukan segala galanya, juga tak selamanya bertahan seperti sediakala. Juga jangan memilih orang yang tersangat kita cinta, kerna belum tentu si dia mencintai kita sepertimana kita mencintai dia.


Dan bila cinta, bukan bermakna kita akan memiliki dia.

Maka bercintalah dengan sederhana. Kerna, cinta manusia takkan dapat mengatasi cinta DIA, cinta yang maha ESA.

Duhai teman. Lari kemana pun. Elak macam mana pun. Andai sudah tertulis itu jodohmu, depan kadi, depan wali, jua kan bertemu. Diiringi lafaz " Aku Terima Nikahnya ", juga diiringi setitis airmata bahagia dari mata indahmu,  maka tamatlah sudah pencarian jodoh di antara dua insan di dunia yang satu. Berbekalkan satu ikatan halal antara dia dan kamu, maka terbinalah satu kehidupan yang diredhai DIA yang SATU...



Ya ALLAH, indah percaturanNYA. Tak terungkap dengan kata-kata. Subhanallah.








P/s: Selamat malam 'kekasih'. Yang belum pasti siapa orangnya. Cuma saya yakin Tuhan dah takdirkan nanti, kita bakal bersama. JODOH itu antara AKU & KAU, dan menjadi KITA.



Tuesday, June 25, 2013

TENTANG RASA

Assalamualaikum.


Rasa.


Rasa cinta mencecap seribu rasa.


Semua merasa. Aku merasa. Kau juga merasa. Mereka merasa. Semua yang bernyawa di atas muka ini merasa. Bohonglah andai ada yang pernah cakap tak pernah merasa.


Merasa bukan hanya pada makanan. Juga bukan hanya pada minuman.


Tapi juga pada hati. Hati juga bisa merasa. Merasanya saat gembira. Merasanya saat berduka. Saat putus cinta. Saat semai cinta. Saat bercinta cinta.


Tapi rasa tu ternyata tak sama dengan rasa saat bercinta dengan DIA. Ya, DIA. Tuhan pencipta alam. Hanya satu satunya. Tanpa di balas kecewa. Tanpa di ignored kan kita begitu saja. Sentiasa ada. Di mana mana. Bukan seperti DIGI. Katanya 'BERSAMAMU,, bersama walau kemana jua' tapi hampeh. Lalu je kat kawasan berbukau sini sana, haprak pun tak ada. Itulah kah maksud bersamamu sentiasa ?


Maka,


Tetapkan dalam dada. Andai cinta manusia yang kita cari, sediakan sedikit ruang untuk kemungkinan luka yang akan kita hadapi di kemudian hari.


Tapi andai cinta dari DIA yang kita hajati, InsyaALLAH selamanya ianya hakiki dalam diri.




Sekian.