hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Wednesday, January 2, 2013

Setia Hujung Nyawa !

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, today dah masuk hari kedua untuk tahun 2013. Syukur, aku masih lagi bernyawa. Meneruskan sisa-sisa hidup ini. Oke, now umur dah makin meningkat. Dah masuk 22 tahun dah pun. Tapi tetap maintain comel tau. *sila muntah! Dan semoga pertambahan umur ini seiring dengan kematangan diri.



Setia hujung nyawa? Azam tahun baru ke? Nope. It's just a title of drama. Adaptasi from novel. Dan Setia Hujung Nyawa tu tajuk novel lah wehhhh..




Aku yakin dan tersangat yakin yang novel ni sure akan laris macam pisang goreng lah nanti. Tengok lah kalau tak caye. Novel Adam Dan Hawa yang dah berkurun lama aku beli tu pun sekarang dah macam pisang goreng panas kat storebook. Semua gara gara drama lah kan. Aku pun nak cari jugak novel kat atas ni. Nak tahu camne ending dia. Malas nak tunggu sampai habis drama tu. Hihihihi. Tapi kan, lagi best kalau Pujaan Hati yang hadiahkan novel ni. Mesti aku siap frame kan after habis baca. Berharga sangat sangat tahu even harga just RM 19.90... hihihihi... *berangan.  


AKU HANYA INGIN BERSAMAMU KERANA AKU TELAH TERLANJUR MENCINTAIMU.


Even ayat kat atas tu aku ambik dari novel Setia Hujung Nyawa, but i'm really mean it in my real life. Aku berharap sangat semoga bertemu cinta yang setia hingga hujung nyawa.







P/S : Bila nanti dah dapat apa yang kita perlu, kelak kita akan lupa dengan apa yang pernah kita mahu. 




Sekian.