hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Monday, November 17, 2014

Study + Cinta = Officially Graduated !

Assalamualaikum



Hai semorang. Rindu kita tak ? Ya ALLAH, lama sungguh rasanya tak bukak blog ni. Last update bulan dua haritu. Sibuk sebenarnya. Dengan Final Year Exam. Pastu Final Year Project lagi. Project workshop lagi. Itu. Ini. Cuci muka pun kadang tak sempat. Haaaa sibuk bebenor tu. Hahaha.


Alhamdulillah, now I'm officially graduated in Bachelor of Manufacturing Engineering Technology ( Tooling ) from Terengganu Advanced Technical Institute University College ( TATiUC ). Dah konvo dah pun. Heeee.



Dan sekarang, aku tengah menganggur. Sekarang baru aku tahu, nak cari kerja ni payah kemain. Ada yang panggil interview tapi nak cuma kelulusan diploma sahaja. Ok. Aku takde diploma sebab after tamat buat asasi, aku terus dapat sambung degree. Tapi takpe. Percaya, ada rezeki ada lah. Usaha, doa dan sabar. Tu je mampu buat sekarang.


Oh by the way, aku dan seorang lelaki pendiam yang aku maksudkan dalam entry sebelum ni dah 'jadi sesuatu' sekarang. I means, kitorang dah 'in a relationship'. Alhamdulillah. Bila couple ? Bila declared ? Anniversary bila ? ENTAH! Sebab bagi kitorang,,


"Anniversary itu bullshit. Cinta tak ada tempoh."


Dan alhamdulillah, family dia pun boleh terima aku seadanya. Apa yang aku dan dia buat sekarang, cuma berdoa semoga hubungan kami kekal hingga akhir hayat. Amin.


Sampai sini je. Dah habis idea nak taip entry sebenarnya. Nanti kalo aku ada masa dan rajin, aku updated lagi ya. Stay tuned. Thanks jenguk blog buruk aku ni. Hiiii. Kbai.


p/s : I miss you !




Thursday, February 13, 2014

A Crazy Little Thing Called LOVE.

Assalamualaikum.


Mood malam ni serasa nak jiwang je. Hihihihihi. 

A crazy little thing called love. Actually ni tajuk movie thai. Seriously best kot. Dah banyak kali gua tengok. Tetap tak boring. Bukan sebab hero dia tu hensem gila kemain, tapi jalan cerita dia tu yang best gituuuuuu. Tapi tapi entry ni bukan nak story pasal movie tu. Alaaa kalau korang nak tengok, try je search kat youtube. Sure ada. Try lah cari.

By the way, entry kali ni gua nak story pasal perkara perkara kecik waima sekecik kuman tapi bikin gua jatuh cinta patblas kali sehari kat dia. Heyyy dia ni pakai jampi serapah hape haaaaaa. Asal gua tengok je, jatuh cinta. Asal jatuh cinta je,  dengan dia. Tapi takpe. Gua suka. Hihihihi. Just now, dia whatsapp gua mengadu jam dia tali nya terputus. See. Hal kecik. Tapi gua suka bila dia mengadu camtu. Rasa macam di hargai. Rasa macam di sayangi. Tapi gua tak sure lah dia sayang gua ke tak. Itu gua tak kaji lagi. Nanti lah dulu. Sabar dulu. 

Lagi satu hal yang bikin gua jatuh cinta tiap hari dengan dia bila every morning dia selalu kejut gua dari tido. Sepatotnya gua yang kejut kan dia kan, sebab kan gua ni kan perempuan. Standard lah tu kan kalau perempuan kejutkan lelaki dari tido. Tapi dalam cerita gua ni terbalik kot. Dia yang kejutkan gua tiap tiap pagi. Walaupun cara kejut tu tak seghupa mat romeo kejutkan juliet, tapi gua tetap suka. 

Gua jatuh cinta lagi bila dia datang rumah gua lepak lepak hujung minggu. Disebabkan sekarang dia sedang praktikal, so dia menginap di asrama kolej. Makanya dekat sangat lah dengan rumah gua.. Eh time tu maa gua ada kat rumah. Bukan gua dengan dia je. Bila dia datang rumah, hal yang gua suka bila dia makan apa yang gua masak even masakan tu rasa dia entah hape hape je. Tapi dia tetap makan. Alaahhhhhh kenapa ni?Kenapa gua jatuh cinta banyak kali sangat dalam sehari dengan dia ni. Kahkah.


Kepada : Mung.( panggilan suka suka )

" Kenapa saya rasa sayang saya kat awak makin bertambah ni dari hari sehari ? Kenapa awak terlalu baik dengan saya ? Kenapa awak tak pernah kata awak sayang saya sepertimana saya sayang awak ?Kenapa? Pikir pikir kanlah dan selamat beramal. "

                                                                                Daripada : Ku. ( Aku, juga panggilan santai santai )

So, all of you guys, walau pun sesuatu hal itu sangat kecik juga annoy juga serasa macam tak perlu kot di cerita, atau di lalui bersama, tapi tetap dilalui bersama oleh si dia, makanya, HARGAILAH. Ya, hargai. 


Sekian.



P/s: Dear awak, terima kasih sebab belanja kita makan kepsi tadi. 



Sunday, February 9, 2014

Hobi sementara atau..........................

Assalamulaikum.

Hai korang. Dah lama gua tak update blog usang ni. Dah bersawang dah ni. Ada yang rindu gua tak ? Ada tak ?Alaaa kalau ada yang rindu tu cakap je lah. Gua nak bagi kiss ni sorang satu. Kehkehkeh *gelaktutupmulut. 

Ekceli gua bukan taknak update hari hari or at least seminggu sekali. Tapi kekangan waktu sekarang punca segalanya. Ahhhhh gua benci ah cenggini. Gua rasa kan sekarang life gua as student tahun akhir sangat mencabar. Disebabkan gua ambik kursus berkaitan mesin, makanya gua terpaksa mengadap mesin tu je kat bengkel hari hari. Mana nak siapkan project group lagi. Nak siapkan Fyp lagi. Semua kena pakai tenaga mesin, juga tenaga gua sekali. Ahhhhhh capekkk. *kesatayaqmata

Dah dah. Cukup. Tukar mood. Mood jiwang pulak. Alaaaaa pepetang cenggini toksah lah nak stress sangat pikiaq pasal study kan. Kita pikiaq pasal pujaan hati ke arjuna hati beta ke haaaaa gitu. Oitt. Apahalll pikiaq pikiaq pulak ni. Suruh tukar mood je. Bukan tukar loghat. 

Pasal hobi tu, haaaaa gua tahu korang mesti taknak tahu kan. Ala cakap je lah korang menyampah baca story entry gua ni. Tapi gua sikit pun tak kisah. Kahkahkah *evillaughversimuslimahgitu. Sebenarnya kan sekarang gua dah ada hobi baru. Everyday. Kalo everytime tu tak lah sangat kan. Tapi at least sekali sehari gua mesti cuci mata tengok gambar arjuna hati beta tu. Hamboiiiii. Arjuna siap. Dah seghupa nama anak kokping jamal lah pulak. Kahkah. Ahhhh peduli lah. Gua punya suka lah nak panggil apa. Tapi kan, tiap kali gua tatap gambar arjuna hati beta tu kan, hati gua mesti tertanya tanya sampai bila gua berkesempatan menatap gambar beliau ni? Ye lah. Gua tahu perasaan dia dengan perasaan gua berbeda. Gua sayang dia. Tapi dia mungkin tak rasa apa apa. Terkadang gua tertanya. Dia tahu tak yang gua ni suka dia? Sayang dia? Hmmmm sure dia taktahu. Alaaa tak best ahhh camtu. Sobbs. Tskk *seduthingusdulu

Dear awak *tariknafasdalamdalam, saya rasa kan, makin hari kan, sayang saya kat awak makin bertambah kan. Adakah awak tahu akan hal itu ? *skema.. Saya tahu, cuma saya je yang ada semua rasa tu. Tapi cuma satu saya nak awak tahu,, andai nanti saya terpaksa undur diri dulu, saya nak satu je,,, satu,,, saya nak tengok awak bahagia dulu lepas tu. Pastu baru saya cari bahagia saya. Tu pun kalau saya jumpa bahagia saya tu. Dan lagi satu, sebelom awak pergi cari bahagia awak tu, saya nak awak paggil saya 'sayang' dulu. Sekali. Lepas tu saya pergi bawak hati yang lara ni. Saya mohon ni. 

Memang sekarang saya penyemak dalam hidup awak sehari hari. Tapi bila awak dah jumpa cinta hati awak suatu hari nanti, penyemak ni akan pergi. Pergi. Dan mungkin takkan kembali lagi macam sebelom ni. 

Memang sekarang saya selalu menyusahkan awak. Mintak awak jadi driver saya ke hulu ke hilir. Mintak awak temankan saya makan tak kira pagi petang siang malam. Mintak awak hantar gambar hari hari walaupun awak tak layan. Mintak apa lagi yeeeee ? Haaaaaa,,,, jealous bila awak layan someone dengan mesranya. Alaaaa kan awak tahu, cemburu tu sayang tandanya. Hihihi :'D

Hmmmmm oke lah. Ni je kot story gua kali ni. Ehhhh mood dah bertukar. Kahkah. By the way, gua sayang beliau tu sangat sangat tahuuuuuuuuu. Tahuuuuuuu ? Mesti lah korang tahu sebab tu tu aku dah bagitahu tuuu. Heeeeee. 


                             



Salam sayang, gua!                           
                                                                                                
                                                                                                                   7:17 p.m.. Ahad, 9 Feb 2014