hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Thursday, May 9, 2013

Sebenarnya, saya BUKAN isteri dia lagi !

Assalamualaikum.


Almost dua bulan aku menyepi dari blog usang ini. Dan sekarang aku nak update blog ni. Post sebelum sebelum ni aku terlalu banyak bercerita pasal pujaan hati. Dan finally, pujaan hati sudah berjaya aku buang dari hati ini. Dan pujaan hati hanyalah sekadar pujaan di hati. Bukannya seluruh jiwa dan raga ini. Menyesal kah diri ini ? Nope. Tak perlu menanti andai orang dah tak sudi.

Kenapa aku tergerak hati nak update blog hari ni ? Sebab banyak sangat kejadian yang berlaku dalam hidup aku akhir akhir ni. Banyak sangat sangat sampai dah tak terkira dengan jari. Ada duka, ada juga happy. Oke, aku dah nak start story ni.

Kisah duka bila tahu yang aku di tipu hidup hidup oleh bekas kekasih hati. Ya ALLAH, sampai begini sekali aku di uji. Aku berterima kasih kepada DIA, sang pencipta segala kerana sedarkan aku tentang ini. Juga kepada teman teman yang sentiasa ada di sisi. Dan, aku  juga berterima kasih sangat kepada someone yang sentiasa ada tika aku memerlukan seseorang di sisi. Ya, 'someone' yang aku maksudkan ini sekarang dah jadi someone yang sangat sangat bermakna dalam diri ini. Dia yang muncul dikala aku ditinggal sepi. Dia yang muncul dikala aku ditipu lagi. Ya, dia. Mungkinkah dia hadiah dari Illahi ?

Ternyata istilah perigi mencari timba muncul lagi dalam hidup ini. Kenapa tuhan uji aku lagi sekali ? Kenapa aku lagi ? Tapi aku mengerti. Tuhan uji tanda sayang diri ini, bukan nya tanda benci. Entah bila, hati aku terpaut pada dia. Ya ALLAH, kenapa dia ? Kenapa dia, yang dulu hanya ku anggap sebagai adik sahaja. Kenapa ? Sejujurnya, perasaan aku ini bukan bohong semata mata. Sungguh, aku sayang dia. Aku sayang dia. Sayang dia. Semoga dia juga merasa apa yang aku rasa. Semoga aku bisa jaga hati dia. Semoga aku tak jadi bebanan dalam hidup dia. Tapi seandainya, aku bukan pilihan hati dia, aku redha. Sometimes, cinta tak seharusnya memiliki dan tak semua cinta harus di balas dengan cinta juga.

Dia pernah tanya, kenapa aku sayang dia ? Kenapa perasaan ini wujud untuk dia ? Kenapa ? Sebab, aku suka cara dia. Aku suka cara dia sayang Ummi dia. Dan tahukah dia, yang aku suka bila tiap kali dia buat sesuatu,  Ummi dia tahu semuanya.

Tapi satu ayat dia yang tak pernah aku lupa,, " Selagi diri ini masih bernafas, takkan kubiarkan dirimu menyendiri ".. Ya ALLAH, tak terkata bahagianya aku bila dia ungkapkan kata kata itu untuk diri ini. Sungguh, aku terasa seperti disayangi. Di hargai.








Aku sedar. Aku masih perlu memburu cinta DIA. Hanya DIA.



Sekian.


*lagu Kehilangan by Firman berkumandang time aku tengah menaip entry ini. Sangat terasa kehilangan hari ini. Sangat. Hanya ALLAH tempat aku mengadu. Ya. Hanya DIA.





1 comment:

Anonymous said...

Tiada CINTA yg HADIR sebelum CINTA dari NYA , cari lah CINTA DIA kelak pasti BAHAGIA hingga SYURGA :)