hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Friday, January 4, 2013

Bila Orang Dah Benci,,, BUNUH DIRI ???

Assalamualaikum.


12.19 a.m.. 4 Januari 2013... Sekejap je kan rasanya dah 4 hari masuk tahun baru 2013... Lagi dua tahun aku kahwin.. *gatai. 


Bila orang dah benci,,, BUNUH DIRI ? Oh no. Itu bukan sesuatu yag baik. Itu dinamakan 'bangang'. Awat sampai bunuh diri ? Salah di sisi agama. Tak diterima tanah barangsiapa yang bunuh diri. Ya ALLAH janganlah kau pesongkan imanku yang senipis kulit bawang ini. Aminn ! ... 


Aku tahu dia tak pernah benci aku. Tak pernah. Tapi dia mendiamkan diri mungkin sebab nak bagi hint kat aku yang antara aku dan dia takkan pernah wujud perkataan COUPLE ! Aku tahu, dia baik. Tersangat baik sebenarnya. Dan tersangat mustahil andai dia membenci seseorang. So, tajuk entry ini, langsung tak berkaitan dengan Pujaan Hati. Ini cuma tajuk latest song from Saleem - Bila Orang Dah Benci.. But lirik lagu ni sebenarnya yang ada kaitan dengan Pujaan Hati !





Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
Oh…

Biarpun ku masih sayang
Kasihku tak pernah padam
Tetapi apakan daya
Terpaksa ku lepaskan

Sampai hatimu melihat diriku dihukum begini
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi

Mengapa sayang engkau hancurkan
Niat suciku menyunting dirimu
Sedangkan dulu engkau berjanji
Kau hanya milikku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri
Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna



Yes,, orang pun dah tak suka, dikenang pun tak guna.... Tapi bagi aku, makin orang tu menjauh, makin aku ingin mendekat. Mesti uolls pernah dengar si kumbang berkata " makin sukar di kejar, makin semangat untuk mengejar "... Oke, si bunga juga berhak buat macam tu. Kalau dulu memang lah lelaki yang perlu mulakan dulu, tapi SEKARANG, istilah perigi cari timba dah tak ada oke ! Sedangkan Siti Khadijah melamar Nabi kita. Why not kita, si bunga tak boleh melamar si kumbang kan ! :)


To Bakal Zaujku,,,,,,,,,,,,,,






P/S : Awak. Bagi ruang sikit dekat hati awak. 'Kasih sayang' saya nak masuk. Boleh? =,='


Sekian !



Wednesday, January 2, 2013

Setia Hujung Nyawa !

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, today dah masuk hari kedua untuk tahun 2013. Syukur, aku masih lagi bernyawa. Meneruskan sisa-sisa hidup ini. Oke, now umur dah makin meningkat. Dah masuk 22 tahun dah pun. Tapi tetap maintain comel tau. *sila muntah! Dan semoga pertambahan umur ini seiring dengan kematangan diri.



Setia hujung nyawa? Azam tahun baru ke? Nope. It's just a title of drama. Adaptasi from novel. Dan Setia Hujung Nyawa tu tajuk novel lah wehhhh..




Aku yakin dan tersangat yakin yang novel ni sure akan laris macam pisang goreng lah nanti. Tengok lah kalau tak caye. Novel Adam Dan Hawa yang dah berkurun lama aku beli tu pun sekarang dah macam pisang goreng panas kat storebook. Semua gara gara drama lah kan. Aku pun nak cari jugak novel kat atas ni. Nak tahu camne ending dia. Malas nak tunggu sampai habis drama tu. Hihihihi. Tapi kan, lagi best kalau Pujaan Hati yang hadiahkan novel ni. Mesti aku siap frame kan after habis baca. Berharga sangat sangat tahu even harga just RM 19.90... hihihihi... *berangan.  


AKU HANYA INGIN BERSAMAMU KERANA AKU TELAH TERLANJUR MENCINTAIMU.


Even ayat kat atas tu aku ambik dari novel Setia Hujung Nyawa, but i'm really mean it in my real life. Aku berharap sangat semoga bertemu cinta yang setia hingga hujung nyawa.







P/S : Bila nanti dah dapat apa yang kita perlu, kelak kita akan lupa dengan apa yang pernah kita mahu. 




Sekian.