hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Monday, December 31, 2012

Bye Bye 2012, Selamat datang 2013.

Assalamualaikum.


Last entry for this year. Tahun 2012 aku rasa tahun yang paling banyak kenangan dalam hidup aku. Berkaitan pelajaran juga percintaan. Percintaan yang kecundang, yes, itu lagi tepat sebenarnya. Juga pelajaran yang agak suam suam kuku. Sikit lagi kot nak makan penampar my mamamia sebab terlalu main main dalam pelajaran. huiihuii :)


Terlalu banyak sebenarnya kenangan. Sampai aku pun dah lupa.


Dan azam tahun 2013,, *tiap tahun ada azam baru, tapi satu pun payah nak tercapai. haha... Semoga pertambahan usia ini seiring dengan kematangan diri dan juga akal fikiran. Juga semakin maju dalam pelajaran. Tinggal lagi 3 semester before aku tamatkan pelajaran ni. Dan semoga tuhan permudahkan urusan aku untuk menggenggam segulung ijazah itu. Amin ya robbal alamin.


About cinta pulak, biar lah tuhan yang uruskan segalanya. Aku dah letih sebenarnya. Sebab cinta lah, kehidupan aku jadi huru hara sepanjang tahun ni. Pelajaran entah ke mana. Tapi aku tak salahkan cinta sepenuhnya. Mungkin kerana diri  ini yang tak pandai nak uruskan mana masa nak bercinta mana masa nak tumpukan pada pelajaran. Dan sekarang, istilah bercinta dah tak ada dalam hidup aku. Apa yang aku ada sekarang, rasa cinta pada seseorang yang taktahu bila akan hilang. Mungkin akan hilang bila aku tengok dia tersenyum bahagia di atas pelamin dia di suatu masa itu tiba :')





Dan impian nak bernikah dalam tahun 2012 tak tercapai jugak. SEDIH ! tskk :p *gatai


P/S : Selamat tahun baru 2013. Semoga semua impian awak tercapai. Semoga awak bahagia sebahagianya. Semoga awak sihat sepanjang masa. Semoga awak berjaya sejayanya.
Sekian untuk 2012.






Wednesday, December 26, 2012

Sudi tak awak jadi TIMBA saya ? :')

Assalamualaikum.


25 Disember 2012.......

Fuhhh letih giler hari ni seharian main salji. Oke, tipu. Main hujan je pun. Eh bukan main, tapi tengok sepupu sepapat main hujan sambil texting-texting with pujaan hati. Huiiiiii bila lah agaknya pujaan hati tu bertukar jadi kekasih hati erkkkkk ? *berangan!


Tapi seriously aku cakap kan, when i'm texting with pujaan hati, all of the problem that i have lesap tiba-tiba. Even we are just text something that not important, tapi apa aje yang berkaitan dengan pujaan hati, secara automatik semua indah belaka. Aku pun tak tahu kenapa. Sometimes, bila aku rindu dia, then aku text dia then dia balas balik text aku tu, ohh time tu perasaan ni rasa macam tersangat OHSEM. hoyeahhhhhh. Happy tak terkata. Oppa Gangnam style ! *ehhh tetiba.


Just now aku terblogwalking kat blog akak Maria Elena ni.. Sumpah sweet giler beliau punya wedding's day. Tetiba perasaan nak kahwin tu datang membuak-buak. Ye lah 2 weeks ago aku dah pi kursus kahwin dah. heeeeeeee *gatai.... Dan calon yang terlintas kat kotak fikiran ni tak lain dan tak bukan *sila tepuk tangan patblas kali,,, ialah PUJAAN HATI. okebai XD.. Tapi seriously, hati aku, fikiran aku, jantung aku, limpa aku, dan segala lah yang berkaitan dengan aku, asyik duk teringat kat dia je. Inikah yang dinamakan meroyan? Ehhh silap. Inikah yang dinamakan CINTA ????


Tapi cinta aku ni cinta ONE HAND CLAPPING LOVE ! or in malay punya bahasa, cinta bertepuk sebelah tangan. ohhh ohsemmmm. Macam teguk budu tanpa makan nasik. Kemasinan budu tu bisa merobek anak tekak. 


Aku pernah straight to the point dengan dia. Memang time tu aku betul betul straight lah. Lurus, tak ada bengkok langsung dengan selamber dek nya aku luah rasa hati kat dia. Dan dia pulak dengan straightnya bagitahu yang dia cuma anggap aku tak lebih dari kawan sahaja. hokaihhhhhh i'm understand. Memang cinta tak boleh nak di paksa kan................


But now, for a second time, aku terasa macam nak luah perasaan lagi kat dia. Should i ?





Agak-agak dia anggap aku ni giler ke tak erkkkk???? Tapi aku takut hilang dia. Even aku tahu, semua yang aku buat ni hanya sia-sia. Hati manusia mana boleh paksa-paksa.


Selagi awak tak kata YA, selagi itu saya takkan putus asa.


 P/S : Dear awak, sudi tak kalau awak jadi TIMBA saya? Saya taknak apa-apa dari awak. Saya cuma nak hati awak je. Saya ikhlas sayang awak. Saya nak jaga awak. Nak jaga makan minum awak. Nak jaga kesihatan awak. Dan semua lah yang berkaitan dengan awak. Dan SAYA NAK AWAK ! Can i ???? -.-'


Sekian.

Wednesday, December 12, 2012

Give up ? Should i ? -.-'

Assalamualaikum.


Today 12/12/2012.... A beautiful date..





" Tahu tak, tak semua cinta berbalas kat dunia ni. Memang menyedihkan bila direject tapi tak semua orang yang kita suka akan reject kita, mungkin Allah tak bagi kita bersama dia sebab bila kita bersama dia nanti dia akan meninggalkan kita dengan sebab yang tak diterima. Jadi lebih baik kita dielakkan untuk bersama dengan dia lebih awal :) "..




Tapi bagi aku, selagi orang yang kita suka, yang kita sayang belum berpunya, rasanya tak salah kalau aku mencuba. Mencuba untuk di cintai dia. Mencuba untuk mencuri hati dia. Mencuba untuk menjadi kesayangan dia. 


Tapi, andai orang yang kita cintai sudah mencintai insan lain, cuba lah kita belajar menerima ketentuan dariNYA. Sesungguhnya, takdir dari DIA, tak siapa sangka :')







Sekian.




Saturday, December 8, 2012

Cinta itu.........

Assalamualaikum.





Cinta itu bila kita buat sesuatu dengan bersungguh, untuk orang yang kita sayang.


Kenapa aku letak ayat ni ? Sebab aku nak jadi macam ni. Aku nak buat something dengan bersungguh untuk orang yang aku cintai. InsyaALLAH bila tiba masanya nanti.




Haaaa ini gambar dari page Koleksi Ayat Ayat Cinta. Ayat-ayat dalam page ni sangat buat aku tersentap jiwa dan raga. Kenapa aku letak gambar dari page Koleksi Ayat Ayat Cinta ? Sebab page ni kawan aku yang punya. Haaaaa korang mesti tak percaya. Dulu pun aku macam tak sangka juga. Tapi mohonlah percaya. Siapa pemiliknya ? Itu, biarlah rahsia. Jangan marah ya :)


Sekian.

Thursday, December 6, 2012

Terkantoi juga akhirnya !

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama, akhirnya apa yang aku bimbangkan terjadi juga. Korang nak tahu apa ? Sini aku nak cerita. Usia blog aku ni dah bertahun lamanya. Tapi hanya seorang je kawan kolej a.k.a bestie yang tahu pasalnya. Tapi dia tak hebohkan kat sesiapa. Tapi baru-baru ni ada sorang kawan aku yang agak gila-gila, tahu akan kewujudan blog aku yg tercinta. So, apa lagi kemain dia post link blog ni kat laman sosial,, ehh ehh kat muku buku sebenarnya kawan-kawan semua. Haaaa nak tahu apa jadi nya ? Dah sah sah kawan aku tahu semua. Hmmmm panas hati jugak di buatnya. Tapi nak marah pun tak guna juga. Dia kawan baik, bukannya kawan biasa.


Tapi satu pesanan untuk kau, kawanku yang tercinta, kalau aku famous nanti kat kolej kita, kau jangan jealous ya.... HAHAHAHAHAHA ! :D


Sekian.

Monday, December 3, 2012

Akhirnya, AKU KAHWIN !

Assalamualaikum.


Korang perasan tak dah dua kali berturut turut entry aku pasal kahwin. Siapa tak nak kahwin. Semua nak kahwin. Ustaz kat aku kursus kahwin cakap binatang pun kahwin. Orang kurang upaya pun kahwin. So, aku pun nak kahwin.


Tapi nak kahwin kenalah ada pasangan. Aku dah ada pasangan, tapi cuma dalam angan-angan. Bukan secara terang-terangan. Aku selalu berangan. Kalau dia betul-betul jadi aku punya pasangan, ohhh alangkah indahnya kehidupan, tak perlu lagi aku nak berangan.


Sebenarnya tajuk kat atas bukan ada kaitan dengan aku. Aku saja nak buat gimik je tu. Tapi memang kahwin itu impian aku. Tadi aku pergi kedai buku. Aku tengok atas satu rak tu. Tetiba aku terjumpa sesuatu. Satu buku. Aku pun rembat satu.





Nah, inilah buku tu. Sama kan tajuk dengan entry aku. Sebenarnya memang aku buat entry ni sebab nak kasi tahu korang semua aku beli novel baru. Hihihihihi. So, sekarang korang mesti dah tahu, yang kisah kahwin ni memang tak ada kena mengena langsung dengan aku. Aku masih bujang, masih single, tapi bukan sebab tak laku. Maaflah pada yang rasa kena tipu tu. Aku sesaja je nak buat gimik, sesaja nak merapu. hahahahaha.




Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan, tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan.


Sekian.









Sunday, December 2, 2012

JUST MARRIED ????

Assalamualaikum.. 


Oh mama, saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa ? Dengan pujaan hati saya. Opppssss. Heeeeee. Menggatal nak kahwin. Tajuk entry pun kemain lagi tu. Nasib baik ada tanda soal kat belakang. Kalau tak, memang dah gatai bebenor lah yeop yoooo... Hihihihi..


Just Married ??? Alahai siapa yang taknak kahwin kan. Semua nak kahwin. Semua nak hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. Semua nak ada zuriat sendiri. Kahwin ni satu ibadah sebenarnya. Bukan solat je yang di kira ibadah. Tapi kahwin pun salah satu ibadah dalam agama islam. Sebenarnya kalau nak di ceritakan secara detail pasal kahwin ni, rumit. Panjang. So, apa kata kalau yang taktahu lagi tu, sila klik kat sini, Perkahwinan Menurut Islam .



Kenapa tetiba je aku story pasal kahwin erkkk ? Sebab dah dua hari berturut-turut aku menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Ohhhh it's so awesome. Banyak ilmu yang aku dapat. Dari segi rohani, mental. Semuanyalah. Memang patutlah di wajibkan buat kursus kahwin sebelum kahwin.



This is first day of ' Kursus Kahwin '... Nahhh,, macam cikgu tak ? hikhikhik :D


Actually kursus kahwin ni anjuran Pejabat Dun Kijal. Kalau last year tak kena bayar pun tapi this year kena bayar RM10. Tapi bagi aku dah syukur Alhamdulillah boleh dapat yang murah cenggitu sebab sekarang aku dengar dengar desas desus mengatakan kalau kursus kahwin dekat pejabat agama di kenakan bayaran sebanyak RM50. So sangat tak rugi lah join kursus yang ni kan.



So, dengan bangganya dahku mempersembahkan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, TARAAAAAAAAAAA ;D









After 2 hari kami menadah telinga mendengar ustaz-ustaz berceramah, but so far so good, AKHIRNYAAAAAA,,, kami dapat apa yang kami mahukan melalu kursus ni... SIJIL KAHWIN. hihihihihi.. So now, aku dah boleh kahwin kan kan... *gedik bebenor nak kahwin....


Sekian :)



Friday, November 23, 2012

RESTU KELUARGA atau TEPUK SEBELAH TANGAN ???

Assalamualaikum... 


Harap maaf. Gambar di atas hanya sekadar hiasan. hihihihihi... Ni time hangout with kawan last weekend. Nice view kan. Dekat Kuala Terengganu :)

Oke. Back to the topic. Restu keluarga atau bertepuk sebelah tangan. Mana lagi sakit ? Aku dah rasa keduanya sekali. Dulu, bercinta tanpa restu keluarga. Sekarang, bertepuk sebelah tangan pulak. Sakit tak ? Sangat sakit sebenarnya. Memang pada sesiapa yg tak alami taktahu camne rasa dia. Mungkin ada yg cakap " alaaaa cari je yg lain. kumbang bukan seekor ",, atau ada jugak yg cakap " ala chill lah babe. muda lagi kot "... yes, memang aku muda lagi. Baru 21 tahun. Tapi masa muda ni lah kita nak merancang kan.

Tipu kalo aku cakap aku tak rindu bekas kekasih dulu. Sebab dia dah banyak sangat berkorban untuk aku. Dah banyak sangat. Dari masalah kecik sampai masalah besar boleh dikatakan dia selalu ada, sedia membantu sekadar termampu. Tapi ajal maut jodoh pertemuan semua kat tangan tuhan kan. Memang mula-mula dulu aku susah nak terima hakikat yg cinta aku dan dia takkan boleh bertahan sampai jinjang pelamin. Tapi lama lama, aku redha dengan ketentuan-NYA. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan semuanya.

Bertepuk sebelah tangan pun tak kurang hebat dia punya kesakitan. Haaaaaa kisah aku ni kalo di jadikan novel rasanya laku bebenor. Sakit, pedih, kecewa wehhhhh kalo bertepuk sebelah tangan ni. Kalau lah hati ni boleh di cuci, akan aku cuci biar clear semuanya. Biar hilang segala rasa ni. Haaaa mesti hebat kan. hahahahaha.

Actually aku dah kenal si dia ni sebelum aku kenal bekas kekasih hati aku lagi. Dulu dia dah berpunya. Sebab tu aku tak berani kacau dia. But now, bila aku dah single mingle, dia pun single mingle jugak. So, dengan mengenepikan istilah " perigi cari timba ", aku dengan selamba nya memberanikan diri luahkan rasa hati aku kat dia.. Perghhhhhhh sentap beb bila dia cakap " Saya cuma boleh anggap awak sebagai kawan sebab sekarang saya lebih senang hidup single tapi SAYA SUKA AWAK "... nahhhhhh dah jelas dan terang tak payah nak suluh-suluh lagi dah aku memang dah tahu aku tak ada harapan langsung. Wakakakaka. Tapi aku lega. Lega bila dah bagitahu dia isi hati aku. At least dia tahu even hancur berkecai hatiku haha.

So now, aku berserah segalanya pada tuhan. Buat masa sekarang aku nak stop dulu pikir soal cinta. Sebab aku rasa better aku tumpukan pada pelajaran dulu. InshaALLAH  lagi setahun setengah aku bakal tamatkan pengajian ijazah aku. Lepas tu barulah aku nak pikir serius pasal cinta.


" Kadangkala orang yg menyintaimu adalah orang yg tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya... Dan pabila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu,, kau akan menyedari bahawa dia adalah cinta yg tak pernah kau sedari ".


Kepada bekas kekasih, kalau awak baca entry ni, saya nak awak tahu, sampai sekarang saya masih sayangkan awak. Saya harap kita boleh jadi kawan dunia dan akhirat. Dan saya harap awak bertemu kebahagiaan awak. Kebahagiaan yg akan kekal sampai akhirat. Aminnn.



Sekian :')



Wednesday, October 31, 2012

Officialy, i am Miss S . opppsssss ! ( INI BUKAN TAJUK NOVEL )

ASSALAMUALAIKUM...


Almost 3 month tak update blog. sibuk tu tak lah sibuk sangat tapi sekarang memang agak sibuk. sibuk dengan latihan industri lagi. sibuk nak siapkan report bagai lagi. sibuk sebab adik sakit lagi. sibuk nak jaga HATI lagi. ooppppssss ehhhhhhhhh ??? =.='...

Banyak hal yang berlaku dalam masa 3 bulan ni. Tapi setiap dugaan yang tuhan bagi tu bermakna DIA sayangkan kita kan.

15 Julai 2012, aku dah start menjalani Latihan Industri kat PFCE Ponterosso. SDN. BHD. Lokasinya dekat je dengan area rumah aku. Dekat tu tak dekat jugak lah. Maybe makan masa 15 minit juga nak sampai. Kilang tu memang terletak dalam kawasan perindustrian. Banyak gila kot company dekat sana. Halliburton, Talisman, Schlumberger, Kenchana Pinewell, dan macam-macam lagi lah.

kami kawan praktikal. yg sebelah kiri tu classmate aku je pun. and yg kat tengah tu,  student Bachelor of Mechanical Engineering from UIAM. Kami berdua pulak dalam kursus Bachelor of Manufacturing Engineering Technology
 ( TOOLING ).

As a Trainee Engineer, sepatutnya kami bekerja dalam pejabat. Tapi disebabkan aku memang tak suka gila dengan environment dalam pejabat, so kami minta izin boss untuk bekerja di dalam yard / workshop. Tak sia sia sebab banyak ilmu, pengalaman dan kenangan yg kami dapat kat situ. And now, tinggal lagi 10 hari untuk aku tamatkan latihan industri ni. Suka dalam duka. :')


9 Oktober 2012 pulak, satu satunya adik aku terpaksa di operated sebab masalah appendixs. And ALHAMDULILLAH, semuanya selamat. Now, adik dah makin sihat. Dan pada hari yang sama jugak cousin aku melangsungkan majlis perkahwinan.

pagi hari sebelum majlis berlangsung. sempat lagi kot posing before melawat adik kat hospital. and ALHAMDULILLAH, adik boleh keluar dari wad hari itu jugak :)





Last but not least, about my relationship with him. Hubungan yang aku harapkan bertahan hingga akhir hayat akhirnya berkecai di tengah jalan. Memang 'kita' dah tak sehaluan sejak berkurun lama, kan. Sebab kita berpisah, biarlah hanya aku, kau dan ALLAH swt yg tahu. But life must go on. Mungkin tiada jodoh antara kita. Dan aku berharap kau bahagia bersama insan yang jauh lebih baik dan sempurna dari diri ini. Dan sekarang, aku lebih bahagia menyendiri begini. Biarlah apa orang nak kata, kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan ?


Sekian.







Tuesday, July 10, 2012

SUPER DUPER SIBLING :)

Assalamualaikum.. lama tak update blog dah lupa camne nak buat intro. hahaha. nevermind. intro entry tak penting. isi entry tu yang penting. wait wait. cuba try test sebut INTRO ENTRY laju laju. macam apa dah bunyi dia. HAHAHAHAHAHA ;D


Back to the entry title. oke. SUPER DUPER SIBLING. who ? aiyakkkk wa punya sibling lah kan. tak kemaruk pulak nak buat entry pasal sibling orang lain kan. hihihi.


Ramai yg bilang aku anak bongsu tiap kali kami keluar together-gether. tahulah kan aku ni PENDEK sekali. adik aku pulak TINGGI sekali. abang aku pulak TAK PENDEK SANGAT, TAK TINGGI JUGAK.. haha. so, bila ada abang, ada adik, it's mean aku anak kedua lah kan sebab kami cuma TIGA BERADIK je pun :)



Let's me introduced them. yang belah kiri tu abang aku, and belah kanan tu semestinya adik aku. Adik tinggi. tengok kePANJANGan kaki pun dah tahu kan. hehe.





This is my brother. and i call him ABG LONG. anak sulong kan. Umur dah 25 tahun. still single and available. haha. entah. aku pun taktahu menahu dia dah ada kekasih hati ke belum. kalau kawan perempuan tu ramai lah kan. oke. dulu abg long study kolej yg sama dengan aku sekarang. He's graduated in Diploma in Polymer Engineering but now, kerja kat syarikat penerbangan as a co-pilot. dah rezeki dia kat situ. nak buat camne kan. study bidang lain kerja pulak bidang lain.




Ini pulak adik. i called him ADIK je. kalau depan orang ramai dia marah aku panggil dia adik. sebab dia cakap dah besar. memang dah besar. dah 17 tahun pun. tapi aku tetap panggil dia adik. habis nak buat cmne kan. dah 17 tahun aku panggil dia adik. takkan tetiba nak panggil dia abang pulak. hahahaha.







Seriously, even bosan sebab adik beradik aku lelaki je tapi kadangkala rasa beruntung jugak sebab nak main kasar kasar pun takda hal. at last, yang nangis confirm aku jugak. hahaha.





Last but not least, kalau korang semua nak tahu perbezaan umur kami semua ialah 4 TAHUN... yelahh abg long, 25 tahun. aku, 21 tahun and adik pulak, 17 tahun... and and and parents kami pun beza 4tahun jugak. abah, 50 tahun. mama, 46 tahun. huiiiiiiiiiiiiiiii kamilah FAMILY 4 TAHUN. hihihihihi ;D


oke. interframe je. kbye ;D


In the nutshell,,,, weiii kemain. dah macam essay zaman sekolah dah. hihihi. takpayah nak conclusion bagai lah kan. just entry in blog. bukan nya ada markah macam karangan kat sekolah kan. heeeeeeeeeeeeeeeee ;D eh eh eh sebelum terlupa. adik beradik MYKAJANG pun beza umur diorang 4 tahun macam siblings aku jugak. and siblings dia pun TIGA orang jugak. cuma papa and mama dia je aku tak sure umur berapa. dah lupa. heeeeeeeeeee. amacam, SERASI BERSAMA tak kami berdua ? huiiihuiiihuiiii ;)

Sebelum tu, korang perasan tak semua gambar kami berbaju S tu ????  actually aku sengaja upload picture yg pakai baju SUPERMAN ni sebab nak sesuai kan gambar dengan tajuk entry tu je. hihihi.



Sekian

Sunday, June 10, 2012

KEPOMPONG ????

Assalamualaikum.


Persahabatan bagai kepompong. mengubah ulat menjadi kupu kupu. lalalalalalala. opssss terover nyanyi pulak. itu lagu KEPOMPONG by Sind3ntosca... haaaa band mana entah aku pun tak sure. punyalah susah nak sebut dia punya nama. tapi seriously lagu tuu nice sangat. dah lama dah. tapi semalam bila rindu kengkawan, geledah lah lappy ni cari lagu tu. bila jumpa, terus dengar sampai patblas kali. sempoi kot. heeeeeeee >,<

Oke. wa rindu sangat sama kawan kawan wa. ye lah kan. now, wa tengah cuti akhir semester. tinggal lagi sebulan setengah sebelom wa start semester baru. tapi semester depan wa dah praktikal lah lu. dah sah sah still tak jumpa lagi kengkawan wa tu sume kan. wehhh apesal wa lu wa lu ni. dah macam samseng dah. ahakssssssss >,<

Setiap kali rindu kat kengkawan, confirm aku tengok semua picture diorang kat dalam lappy aku ni. dah bermacam macam album ada. dalam phone aku pun penuh dengan picture diorang. tapi aku tak kisah pun. heeeeeeeee :D

So, aku pun merajinkan diri edit picture diorang. nahhh inilah kengkawan aku tu. heeeeeeeee :)














inilah antara kawan kawan aku. ramai lagi tapi entry lain kali lah pulak ye. tu pun kalau aku rajin nak mengupdate lagi. hihi..... love u oll's guys :) hidup tanpa kawan ibarat layang layang terputus tali lah kan. abah pernah cakap, sekali kita berkawan, sampai akhir hayat kita tetap akan ingat kawan kita n then abah pun pernah cakap, berkawan bukan untuk sementara, tapi berkawan ialah untuk selama lamanya. i'm proud with u abah. u r the best tutor in my life :)

and to beberapa orang yang pernah bergelar kawan aku tu, thank you so much sebab sudi berkawan dengan aku even sekejap. putus cinta aku ok, tapi putus kawan, susah aku nak terima. aku rindu kau dan kau. kalau kau dan kau baca entry ni, aku harap contact lah aku balik. bukan ku pinta jadi begini. and aku pun tak suka kita begini. kerana salah paham, hancur semuanya. hopefully kau dan kau sudi berkawan dengan aku lagi, insyaallah satu hari nanti ! aminn :')

Sekian.


Sunday, May 13, 2012

Fatisha Mushroom Garden Cafe. wajib singgah :p




Assalamualaikum.

malam ni intro tak nak panjang panjang. nak kejar masa nak tido pulak ni. hikhikhik... oke, just now aku baru je terjah satu blog ni. and dia ada story pasal satu restoran yang dia pernah pergi. and food kat situ superb jugak la. menyelerakan. but apa yang special kat tempat tu dia tak bagitahu pulak.


so, entry kali ni aku pun nak story pasal makanan jugak la. HAHAHA! saja lah ni mendera diri sendiri menengok gambar gambar food bagai ni. haaaaa tempat yang aku nak story actually WESTERN RESTAURANT. nama dia  FATISHA MUSHROOM GARDEN CAFE ,so kalo korang nak makan kat situ, tolong jangan order lah makanan bukan makanan barat. memang confirm tak hadooooooo. hokehhhhhh. 


Actually, cafe ni dah 2 tahun beroperasi. dulu dulu aku tak tahu menahu pun kewujudan cafe ni. ye lah. dia buat kat kawasan pedalaman. dekat kawasan perumahan. kalo kat bandar dah sah sah lah senang nak tahu kan. oke before tu, tataplah dulu gambar gambar kami ni ye. ini gambar last week punya. sehari sebelom abah balik platform. pergi 8 orang. termasuk sepupu and kawan sepupu. family aku memang tak sah kalo tak datang makan kat sini tiap tiap bulan. bukan tiap tiap hari oke. lingkup lah gua punya bapak kalo macam tu kan. HAHA! oke, now enjoy our show. heeeeeeeeeeee ;p




This is my mom.... tudung sama kaler dengan air kan. matching. ekekeke. time ni makanan tak sampai lagi. service dia oke. cume time ni customer ramai sangat. sampaikan masa kitorang sampai tu terpaksa menunggu kat ruangan menunggu. sebab takda tempat kosong. nak makan kat sini kenalah belajar bersabar. SABAR MENUNGGU. :)




My abah and me... miss abah so much now :') hopefully abah sihat sihat aja kat platform sana..... ehhh muka aku sama tembam ngan abah. kihkihkih



ini RIB EYE BEEF STIK. harga dia RM 18.50  each.

Ni adik aku with CHICKEN WINGS FRIED... Harga RM 16.00 each.


sila abaikan muka aku yang tengah kebulur tu. HAHAHA!... aku makan BREADED FRIED CHICKEN. yang ni murah. RM 11.50 je satu pinggan. abah aku pun makan sama macam aku. haaaaaa mama aku pulak just makan POTATO WEDGES. harga dia RM 6.00 sepinggan kecik tuh.


abang aku makan RIB EYE BEEF STIK.



ni sepupu aku with kawan dia.

ni sepupu aku jugak.

oke. this is me. actually ini before dapat makanan. tengok mata tuh dah semacam mengantuk je kan. haha

oke. before aku tamatkan cerita aku ni, aku nak bagitahu lah apa yg special kat cafe ni. oke. minuman dia special sangat. special bukan sebab ada minuman pelik pelik tapi sebab minuman kat sini kira ikut customer. sorang customer RM 2.50. tak kira lah kau nak minum air apa pun. sampai muntah pun tak apa. cuma RM 2.50. tang minuman kena layan diri ye. ambik je air apa yang kau nak. aku kalo makan kat sini confirm minum MOCHA. minum sampai muntah. oke. tipu. HAHA!

Last but not least, cafe ni terletak dekat area KEMAMAN.  aku nak cakap pun tak reti. korang tengok sendiri lah kat sini. heeeeeeeeeeeeeeeeee :) lokasi cafe . Tak rugi makan kat sini. best sangat sangat. pekerja pun semua ramah ramah .

Sekian.





Friday, May 4, 2012

pulau wan man pun jadi :)

Assalamualaikum.

Berdirinya saya di sini adalah untuk,,,,, eh eh eh silap. ini bukan sesi berpidato lah. kihkihkih. terasa lama betol tak update ini belog. biasalah. kemalasan melanda diri. heeeeeeeee :). oke. actually ini sebenarnya entry bergambar. gambar dah separa layu dah. dah di taken 30hb April 2012 hari tu dah. actually itu sebenarnya tarikh genap sebulan last aku & dia dating. opppssssss DIA ? heeeeeeeeeeeee :')


Oke. Actually, plan sebenar aku pergi kuala Terengganu sebab nak pergi kenduri kahwin abang angkat aku. Pastu bila kawan aku tahu aku pergi terengganu, dia pulak sibuk ajak aku berjimba jimba dekat sana. lepas je kenduri aku terus mari sini. siap bawak pakaian bagai. oke, maka dengan ini, silalah tatap mata saya. opssss salah lagi. silalah tatap gambar gambar kami ini.. enjoy the show. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)


Nahhhhhh. ini posing posing dari aku sendiri. dekat MASJID KRISTAL. actually ni baru kali ketiga aku datang sini. padahal aku orang terengganu je pun ..... ecececece baju pink tu. nampak semacam gugirl tak. kihkihkih. semua gambar kat bawah ni di taken by note aku. entah camne lah tetibe hari tu nikon aku buat perangai. menci betol aku ! nasib ler ada note tuh. penyelamat keadaan. kalo tak sesia je aku nak bergambar. thanks note ku. ilebiusomuch :D

cuaca yg panas terik tidak menghalang niat asal aku untuk bergambar. HAHA!

motif gambar ni, aku sendiri pun tak tahu. kenapa aku buat gaya camtu ? heeeeeeeeeeeee :) anyway, background tu aku suka. nice.

Lawa kan masjid tu. aku baru masuk sekali kat dalam tu....

motif letak heels kat sebelah tu untuk men'style'kan gambar tu je. kihkihkih

nahhhhh ada nampak macam gaya seorang pelancong tak ? huiiiihuiiiii

oke. ni la dia kawan aku tu. actually kami berkenalan kat laman muka buku. ni kira 2nd time aku meet dia.  * ehemmm nak tumpang populariti heels aku lah tu. HAHA!

Ehhhh dia tak tidur la. dah bergambar tengah panas, mata pulak sepet. makin sepet la jadi nya. HAHA!

aku memang suka bergambar sambil tunjuk gigi arnab aku tu. heeeeeeeeeeeeee :)

haaaaaaaaaaaaaa ni hero kita hari ni. ekekeke. adik aku. actually, junior aku kat kolej. dah semacam adik aku sendiri. makkk aiiii puteh kan dia :p



Actually, kami berempat. lagi sorang tu, biarlah rahsia. heeeeeeeeee :) ehh ehh korang enjoy tak my show. HAHA! oke, last but not least, happy sesangat saat bersama yg tersayang ni. lupa segala masalah dunia masalah peribadi. cerita di kedai kopi,,, ehhhhhhh.  :p

Sekian.





Sunday, April 29, 2012

only you.


I'm not to be able to tell u that i LIKE u because i know i'm not beauty. i'm not perfect. and i'm nothing for you. but sorry to say, seriously, i love u damn much than everything. i'm swear, i never planned on falling in love with you. No words can fully describe all the feelings i have for you right now. hope u always happy with ur nice life. and i'll always pray for you, insyaALLAH :')



truly,
you admirer,
ME !


Saturday, April 28, 2012

nikon D7000 !! awesome :)

Assalamualaikum...

now 28/04/2012.. aku dah start cuti semester. 2 month, ok. tak tahu la nak buat apa dalam masa 2 bulan ni. nak keje abah tak kasi. adoiiii.

oke. berbalik pada topik asal. aku sebagai subjek ? ohhhhh mak kau. apa itu ? heeeeeeeeeeeeeeeeee ini dia....





Actually ni time malam BBQ class aku. ada sorang classmate aku bawak dia punya nikon. and then sementara tunggu ayam masak, dia ajak lah aku shoot2 kejap. before tu dia nak test aku punya nikon je. oke ke tak dengan speedlite dia. pastu try la shoot vespa classmate aku jugak tu. at last dia pun suruh aku bertenggek kat vespa tu, so aku apa lagi. bagai si mengantuk di sorongkan bantal lah lagak dia. HAHA! pulak tu aku berkenan giler dekat kusyen vespa tu. leopard ! sedondon dengan tudung aku kan. I LOIKE :) heeeeeeeeeeeeee. aku takda rupa pun nak jadi model sebenarnya. ni pun sekadar nak test D7000 dia je.huiiiihuiiii.

Sekian