JODOH.
Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu bercinta dan amat perlu cinta, tapi sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani.
Aku tahu, jodoh itu rahsia DIA. Bercinta lama-lama, andai tak berjodoh, tak guna juga. Jangan ucap kata cinta, andai hati tak pandai nak setia. Jangan berlagak cinta, andai niat cuma untuk suka-suka. Kerna sekali kecewa, selamanya rasa itu akan datang menjelma.
Betul kata bonda, jangan memilih rupa, kerna rupa bukan segala galanya, juga tak selamanya bertahan seperti sediakala. Juga jangan memilih orang yang tersangat kita cinta, kerna belum tentu si dia mencintai kita sepertimana kita mencintai dia.
Dan bila cinta, bukan bermakna kita akan memiliki dia.
Maka bercintalah dengan sederhana. Kerna, cinta manusia takkan dapat mengatasi cinta DIA, cinta yang maha ESA.
Duhai teman. Lari kemana pun. Elak macam mana pun. Andai sudah tertulis itu jodohmu, depan kadi, depan wali, jua kan bertemu. Diiringi lafaz " Aku Terima Nikahnya ", juga diiringi setitis airmata bahagia dari mata indahmu, maka tamatlah sudah pencarian jodoh di antara dua insan di dunia yang satu. Berbekalkan satu ikatan halal antara dia dan kamu, maka terbinalah satu kehidupan yang diredhai DIA yang SATU...
Ya ALLAH, indah percaturanNYA. Tak terungkap dengan kata-kata. Subhanallah.
P/s: Selamat malam 'kekasih'. Yang belum pasti siapa orangnya. Cuma saya yakin Tuhan dah takdirkan nanti, kita bakal bersama. JODOH itu antara AKU & KAU, dan menjadi KITA.
No comments:
Post a Comment