hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Monday, December 31, 2012

Bye Bye 2012, Selamat datang 2013.

Assalamualaikum.


Last entry for this year. Tahun 2012 aku rasa tahun yang paling banyak kenangan dalam hidup aku. Berkaitan pelajaran juga percintaan. Percintaan yang kecundang, yes, itu lagi tepat sebenarnya. Juga pelajaran yang agak suam suam kuku. Sikit lagi kot nak makan penampar my mamamia sebab terlalu main main dalam pelajaran. huiihuii :)


Terlalu banyak sebenarnya kenangan. Sampai aku pun dah lupa.


Dan azam tahun 2013,, *tiap tahun ada azam baru, tapi satu pun payah nak tercapai. haha... Semoga pertambahan usia ini seiring dengan kematangan diri dan juga akal fikiran. Juga semakin maju dalam pelajaran. Tinggal lagi 3 semester before aku tamatkan pelajaran ni. Dan semoga tuhan permudahkan urusan aku untuk menggenggam segulung ijazah itu. Amin ya robbal alamin.


About cinta pulak, biar lah tuhan yang uruskan segalanya. Aku dah letih sebenarnya. Sebab cinta lah, kehidupan aku jadi huru hara sepanjang tahun ni. Pelajaran entah ke mana. Tapi aku tak salahkan cinta sepenuhnya. Mungkin kerana diri  ini yang tak pandai nak uruskan mana masa nak bercinta mana masa nak tumpukan pada pelajaran. Dan sekarang, istilah bercinta dah tak ada dalam hidup aku. Apa yang aku ada sekarang, rasa cinta pada seseorang yang taktahu bila akan hilang. Mungkin akan hilang bila aku tengok dia tersenyum bahagia di atas pelamin dia di suatu masa itu tiba :')





Dan impian nak bernikah dalam tahun 2012 tak tercapai jugak. SEDIH ! tskk :p *gatai


P/S : Selamat tahun baru 2013. Semoga semua impian awak tercapai. Semoga awak bahagia sebahagianya. Semoga awak sihat sepanjang masa. Semoga awak berjaya sejayanya.
Sekian untuk 2012.






Wednesday, December 26, 2012

Sudi tak awak jadi TIMBA saya ? :')

Assalamualaikum.


25 Disember 2012.......

Fuhhh letih giler hari ni seharian main salji. Oke, tipu. Main hujan je pun. Eh bukan main, tapi tengok sepupu sepapat main hujan sambil texting-texting with pujaan hati. Huiiiiii bila lah agaknya pujaan hati tu bertukar jadi kekasih hati erkkkkk ? *berangan!


Tapi seriously aku cakap kan, when i'm texting with pujaan hati, all of the problem that i have lesap tiba-tiba. Even we are just text something that not important, tapi apa aje yang berkaitan dengan pujaan hati, secara automatik semua indah belaka. Aku pun tak tahu kenapa. Sometimes, bila aku rindu dia, then aku text dia then dia balas balik text aku tu, ohh time tu perasaan ni rasa macam tersangat OHSEM. hoyeahhhhhh. Happy tak terkata. Oppa Gangnam style ! *ehhh tetiba.


Just now aku terblogwalking kat blog akak Maria Elena ni.. Sumpah sweet giler beliau punya wedding's day. Tetiba perasaan nak kahwin tu datang membuak-buak. Ye lah 2 weeks ago aku dah pi kursus kahwin dah. heeeeeeee *gatai.... Dan calon yang terlintas kat kotak fikiran ni tak lain dan tak bukan *sila tepuk tangan patblas kali,,, ialah PUJAAN HATI. okebai XD.. Tapi seriously, hati aku, fikiran aku, jantung aku, limpa aku, dan segala lah yang berkaitan dengan aku, asyik duk teringat kat dia je. Inikah yang dinamakan meroyan? Ehhh silap. Inikah yang dinamakan CINTA ????


Tapi cinta aku ni cinta ONE HAND CLAPPING LOVE ! or in malay punya bahasa, cinta bertepuk sebelah tangan. ohhh ohsemmmm. Macam teguk budu tanpa makan nasik. Kemasinan budu tu bisa merobek anak tekak. 


Aku pernah straight to the point dengan dia. Memang time tu aku betul betul straight lah. Lurus, tak ada bengkok langsung dengan selamber dek nya aku luah rasa hati kat dia. Dan dia pulak dengan straightnya bagitahu yang dia cuma anggap aku tak lebih dari kawan sahaja. hokaihhhhhh i'm understand. Memang cinta tak boleh nak di paksa kan................


But now, for a second time, aku terasa macam nak luah perasaan lagi kat dia. Should i ?





Agak-agak dia anggap aku ni giler ke tak erkkkk???? Tapi aku takut hilang dia. Even aku tahu, semua yang aku buat ni hanya sia-sia. Hati manusia mana boleh paksa-paksa.


Selagi awak tak kata YA, selagi itu saya takkan putus asa.


 P/S : Dear awak, sudi tak kalau awak jadi TIMBA saya? Saya taknak apa-apa dari awak. Saya cuma nak hati awak je. Saya ikhlas sayang awak. Saya nak jaga awak. Nak jaga makan minum awak. Nak jaga kesihatan awak. Dan semua lah yang berkaitan dengan awak. Dan SAYA NAK AWAK ! Can i ???? -.-'


Sekian.

Wednesday, December 12, 2012

Give up ? Should i ? -.-'

Assalamualaikum.


Today 12/12/2012.... A beautiful date..





" Tahu tak, tak semua cinta berbalas kat dunia ni. Memang menyedihkan bila direject tapi tak semua orang yang kita suka akan reject kita, mungkin Allah tak bagi kita bersama dia sebab bila kita bersama dia nanti dia akan meninggalkan kita dengan sebab yang tak diterima. Jadi lebih baik kita dielakkan untuk bersama dengan dia lebih awal :) "..




Tapi bagi aku, selagi orang yang kita suka, yang kita sayang belum berpunya, rasanya tak salah kalau aku mencuba. Mencuba untuk di cintai dia. Mencuba untuk mencuri hati dia. Mencuba untuk menjadi kesayangan dia. 


Tapi, andai orang yang kita cintai sudah mencintai insan lain, cuba lah kita belajar menerima ketentuan dariNYA. Sesungguhnya, takdir dari DIA, tak siapa sangka :')







Sekian.




Saturday, December 8, 2012

Cinta itu.........

Assalamualaikum.





Cinta itu bila kita buat sesuatu dengan bersungguh, untuk orang yang kita sayang.


Kenapa aku letak ayat ni ? Sebab aku nak jadi macam ni. Aku nak buat something dengan bersungguh untuk orang yang aku cintai. InsyaALLAH bila tiba masanya nanti.




Haaaa ini gambar dari page Koleksi Ayat Ayat Cinta. Ayat-ayat dalam page ni sangat buat aku tersentap jiwa dan raga. Kenapa aku letak gambar dari page Koleksi Ayat Ayat Cinta ? Sebab page ni kawan aku yang punya. Haaaaa korang mesti tak percaya. Dulu pun aku macam tak sangka juga. Tapi mohonlah percaya. Siapa pemiliknya ? Itu, biarlah rahsia. Jangan marah ya :)


Sekian.

Thursday, December 6, 2012

Terkantoi juga akhirnya !

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama, akhirnya apa yang aku bimbangkan terjadi juga. Korang nak tahu apa ? Sini aku nak cerita. Usia blog aku ni dah bertahun lamanya. Tapi hanya seorang je kawan kolej a.k.a bestie yang tahu pasalnya. Tapi dia tak hebohkan kat sesiapa. Tapi baru-baru ni ada sorang kawan aku yang agak gila-gila, tahu akan kewujudan blog aku yg tercinta. So, apa lagi kemain dia post link blog ni kat laman sosial,, ehh ehh kat muku buku sebenarnya kawan-kawan semua. Haaaa nak tahu apa jadi nya ? Dah sah sah kawan aku tahu semua. Hmmmm panas hati jugak di buatnya. Tapi nak marah pun tak guna juga. Dia kawan baik, bukannya kawan biasa.


Tapi satu pesanan untuk kau, kawanku yang tercinta, kalau aku famous nanti kat kolej kita, kau jangan jealous ya.... HAHAHAHAHAHA ! :D


Sekian.

Monday, December 3, 2012

Akhirnya, AKU KAHWIN !

Assalamualaikum.


Korang perasan tak dah dua kali berturut turut entry aku pasal kahwin. Siapa tak nak kahwin. Semua nak kahwin. Ustaz kat aku kursus kahwin cakap binatang pun kahwin. Orang kurang upaya pun kahwin. So, aku pun nak kahwin.


Tapi nak kahwin kenalah ada pasangan. Aku dah ada pasangan, tapi cuma dalam angan-angan. Bukan secara terang-terangan. Aku selalu berangan. Kalau dia betul-betul jadi aku punya pasangan, ohhh alangkah indahnya kehidupan, tak perlu lagi aku nak berangan.


Sebenarnya tajuk kat atas bukan ada kaitan dengan aku. Aku saja nak buat gimik je tu. Tapi memang kahwin itu impian aku. Tadi aku pergi kedai buku. Aku tengok atas satu rak tu. Tetiba aku terjumpa sesuatu. Satu buku. Aku pun rembat satu.





Nah, inilah buku tu. Sama kan tajuk dengan entry aku. Sebenarnya memang aku buat entry ni sebab nak kasi tahu korang semua aku beli novel baru. Hihihihihi. So, sekarang korang mesti dah tahu, yang kisah kahwin ni memang tak ada kena mengena langsung dengan aku. Aku masih bujang, masih single, tapi bukan sebab tak laku. Maaflah pada yang rasa kena tipu tu. Aku sesaja je nak buat gimik, sesaja nak merapu. hahahahaha.




Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan, tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan.


Sekian.









Sunday, December 2, 2012

JUST MARRIED ????

Assalamualaikum.. 


Oh mama, saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa ? Dengan pujaan hati saya. Opppssss. Heeeeee. Menggatal nak kahwin. Tajuk entry pun kemain lagi tu. Nasib baik ada tanda soal kat belakang. Kalau tak, memang dah gatai bebenor lah yeop yoooo... Hihihihi..


Just Married ??? Alahai siapa yang taknak kahwin kan. Semua nak kahwin. Semua nak hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. Semua nak ada zuriat sendiri. Kahwin ni satu ibadah sebenarnya. Bukan solat je yang di kira ibadah. Tapi kahwin pun salah satu ibadah dalam agama islam. Sebenarnya kalau nak di ceritakan secara detail pasal kahwin ni, rumit. Panjang. So, apa kata kalau yang taktahu lagi tu, sila klik kat sini, Perkahwinan Menurut Islam .



Kenapa tetiba je aku story pasal kahwin erkkk ? Sebab dah dua hari berturut-turut aku menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Ohhhh it's so awesome. Banyak ilmu yang aku dapat. Dari segi rohani, mental. Semuanyalah. Memang patutlah di wajibkan buat kursus kahwin sebelum kahwin.



This is first day of ' Kursus Kahwin '... Nahhh,, macam cikgu tak ? hikhikhik :D


Actually kursus kahwin ni anjuran Pejabat Dun Kijal. Kalau last year tak kena bayar pun tapi this year kena bayar RM10. Tapi bagi aku dah syukur Alhamdulillah boleh dapat yang murah cenggitu sebab sekarang aku dengar dengar desas desus mengatakan kalau kursus kahwin dekat pejabat agama di kenakan bayaran sebanyak RM50. So sangat tak rugi lah join kursus yang ni kan.



So, dengan bangganya dahku mempersembahkan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, TARAAAAAAAAAAA ;D









After 2 hari kami menadah telinga mendengar ustaz-ustaz berceramah, but so far so good, AKHIRNYAAAAAA,,, kami dapat apa yang kami mahukan melalu kursus ni... SIJIL KAHWIN. hihihihihi.. So now, aku dah boleh kahwin kan kan... *gedik bebenor nak kahwin....


Sekian :)