hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Thursday, May 19, 2011

BARU DAPAT DAH JEMU... :)

~Salam...
korang mesti dah agak kan... aku kan baru je dapat nikon dari abah aku... tak lah baru jugak..dah sebulan lebih jugaklah. murah aje. nak beli yang mahal kesian pulak kat abah aku. tapi disebabkan aku tak berapa pandai nak gune,,,so aku rase macam dah jemu..hahaha. dulu tergedik-gedik sangat nak DSLR... sekarang jemu pulak...

So,korang rase kan macam perlu tak aku ambik kursus fotografi??? hahaha... sebab tangan aku ni memang keras. kaku. biasalah engineering student.. lagi pun aku tak kreatif.. lau aku kreatif, n berseni, aku tak apply dah engineering course. n dah sah-sah lah aku takkan dapat ambik Bachelor in Manufacturing Engineering Technology (Tooling)  macam sekarang ni :)

So,apa pendapat korang??????????


p/s : kawan aku dapat DSLR jugak. canon. best :)

Wednesday, May 11, 2011

10 PENAWAR PATAH HATI.. wajib baca

Korang mesti pernah patah hati kan. Alaaaaaaaaahhhhh takkan tak pernah kot. Pernah kan pernah kan tapi tak semua lah kan J..... first time aku tersangat-sangatlah patah hati bile result SPM aku tak cantekkkk cam kawan-kawan aku. HAHAHA!... eh korang jangan ingat sebab putus cinta je orang panggil patah hati tau. Semua yang buat kite sedih tuh actually di panggil patah hati...

Haaaaa sekarang aku nak bagi 10 tips untuk mengubati hati yang patah bak dahan di hempap dinasour. So,korang pandai-pandai lah  bace ye. Kalau tak pandai bace takkan dapat buat blog kan. HAHAHA!.....

1.        Lakukan teknik relaksasi untuk meredakan ketegangan system saraf korang. Alaaaaaaa biar segala urat-urat yang tegang jadi kendur balik...boleh dilakukan dengan melakukan aktiviti seperti yoga,lakukan urutan atau manjakan diri di spa.....haaaaa yang spa tuh aku tak berapa suke,,, mahal sikit. Buang duit je. Baek aku duk dalam bilik air je. Biar Air paip terjun kat atas kepala aku. HAHA!

2.       Berbual-bual dengan kawan korang pom boleh buat hati korang sakit tuh jadi lega.adanya kawan yang setia mendengar segala luahan hati korang tu secara tidak langsung akan membangkitkan hormone oxytocin...oxytocin ni macam,,,,alahhhhhh susah lah nak bagitahu. Korang search sendiri lah kat google ye. Heeeeeeeeeeeeeee J.. tapi korang jangan lah pulak tetiba lepas geram kat kawan korang tuh. Kang tak pepasal kena makan selipar pulak kan.


3.       Lakukan senaman yang bersifat aerobic. Ni boleh bantu korang hilangkan segala tekanan korang. Selain itu, bersenam juga memaksa otak korang lepaskan hormone endorphin yang boleh menimbulkan perasaan seseorang.

4.       Korang boleh jugak memperkuat system pertahanan tubuh badan korang dengan mengambil vitamin C, minum teh herba, madu dan sebagainya. Badan sihat, hati korang pun sihat tau J


5.       Lakukan aktiviti kesukaan korang. Misalnye korang ni memang jenis yg suke bergambar,,, so, jangan berlengah lagi, ambik kamera n tangkap lah gambar korang sendiri. Sebanyak yang mungkin. Sampai korang puas hati. Ini terbukti boleh merangsang kerja dopamine pada otak... haaaa sapa2 yang ambik bidang perubatan tahu lah ape dopamine ni kan. Aku tak tahu coz aku ambik bidang engineering. HAHAHA! Tapi yang aku tahu otak dopamine ni boleh menimbulkan rasa senang dan gembira.

6.       Menangis lah sepuas hati korang. Haaaaaaa ni lah yang aku selalu buat time patah hati. Hahaha. Lepas menangis mule lah bengkak habis mata. Tapi time tuh hati korang akan rase tenang sikit. Betol tak??????

7.       BERSENDIRIAN. Haaaaaa cari lah waktu untuk korang bersendirian tapi jangan bersendirian kat tempat-tempat yang sunyi yang langsung tak ada orang. Nanti kan sudah jatuh ditimpa tangga pulak.

8.       Cuba aktiviti baru. Macam aku ni, suke kat tempat-tempat mencabar. Macam bukit-bukit or paya. Best tau. Time tu aku lupa terus ape yang buat aku sedih.

9.       Cube korang lihat pulak pada kesengsaraan orang lain yang jauh lebih teruh dari korang. Dari situ korang akan sedar yang orang lain lebih berat tanggung beban hidup berbanding korang yang patah hati sebab di tinggalkan kekasih hati yang pernah berjanji untuk sehidup semati.


10.   LASTLY,, walau susah mane pun hati korang,, jangan lupa pada yang maha Esa. Hanya pada Dia lah kita dapat memohon agar hati kita tenang kembali... dan inilah ubat yang paling MUJARAB untuk kita tika dalam kesusahan... SOLAT!!!!

Sekian :)

Monday, May 9, 2011

menjawap pertanyaan

Salam.
actually ada kawan tanya camne nak buat wishlist kat blog. so, dengan sedikit ingat-ingat lupe aku ni, aku tolong jugak lah...



1. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy code kat bawah ni , and paste kat ruangan html/javascript tu tadi ;)
<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="satu" checked />satu <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="dua" checked />dua <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="tiga" checked />tiga <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="empat" disabled />empat <br />
</form>

* Tulisan warna MERAH tu , korang ubah dengan benda/barang yang korang nak .

*Tulisan bewarna BIRU pula boleh di ubah dgn perkataan "checked " atau " disabled "  .
checked untuk yg dah termakbul.... disabled yg korang belom dpt lg ye...

3. Dah siap . SAVE dan lihatlah hasilnya.
 
 
Sekian.

Monday, May 2, 2011

Apa korang rasa pabila cinta tak di restui keluarga????

Salam.
Entry kali ni sekadar ingin bertanya.
Apa korang rase bila cinta tak di restui keluarga, di sebabkan perbezaan pangkat dan darjat.


Ramai yang dah sedia tahu kan kalau orang kaya mestilah jodohnya kena yang kaya jugak. bukan semua tapi majoriti lah kan. kalau yang ada keturunan pulak mcm syed kena lah dengan sharifah. dayang ngan megat. tengku ngan tengku or engku or che wan or che. tuan ngan puan. opsss ye ke. HAHA!


gambar tiada kena mengena dengan sape2 yer.


Bila parents dah tetap mcm ni, bercinta bagai nak rak pom, berjanji sehidup semati, lautan api sanggup ku redahi demi mu cintaku pom tak ada guna jugak kan.


So, sekali lagi lah aku nak tanya. apa korang rase erk bila cinta korang tak di restui oleh parents korang????? frust menonggeng tahap cipan tercekik biji durian tak ?????


Sekian :)