hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Monday, December 31, 2012

Bye Bye 2012, Selamat datang 2013.

Assalamualaikum.


Last entry for this year. Tahun 2012 aku rasa tahun yang paling banyak kenangan dalam hidup aku. Berkaitan pelajaran juga percintaan. Percintaan yang kecundang, yes, itu lagi tepat sebenarnya. Juga pelajaran yang agak suam suam kuku. Sikit lagi kot nak makan penampar my mamamia sebab terlalu main main dalam pelajaran. huiihuii :)


Terlalu banyak sebenarnya kenangan. Sampai aku pun dah lupa.


Dan azam tahun 2013,, *tiap tahun ada azam baru, tapi satu pun payah nak tercapai. haha... Semoga pertambahan usia ini seiring dengan kematangan diri dan juga akal fikiran. Juga semakin maju dalam pelajaran. Tinggal lagi 3 semester before aku tamatkan pelajaran ni. Dan semoga tuhan permudahkan urusan aku untuk menggenggam segulung ijazah itu. Amin ya robbal alamin.


About cinta pulak, biar lah tuhan yang uruskan segalanya. Aku dah letih sebenarnya. Sebab cinta lah, kehidupan aku jadi huru hara sepanjang tahun ni. Pelajaran entah ke mana. Tapi aku tak salahkan cinta sepenuhnya. Mungkin kerana diri  ini yang tak pandai nak uruskan mana masa nak bercinta mana masa nak tumpukan pada pelajaran. Dan sekarang, istilah bercinta dah tak ada dalam hidup aku. Apa yang aku ada sekarang, rasa cinta pada seseorang yang taktahu bila akan hilang. Mungkin akan hilang bila aku tengok dia tersenyum bahagia di atas pelamin dia di suatu masa itu tiba :')





Dan impian nak bernikah dalam tahun 2012 tak tercapai jugak. SEDIH ! tskk :p *gatai


P/S : Selamat tahun baru 2013. Semoga semua impian awak tercapai. Semoga awak bahagia sebahagianya. Semoga awak sihat sepanjang masa. Semoga awak berjaya sejayanya.
Sekian untuk 2012.






3 comments:

'Aufa said...

Selamat tahun baru :)
In Shaa Allah, tahun ni (2013) akan ada sinarnya. Cewaah. Hahaha

kocix! said...

slamat tahun baru weyhh!

ain shakirah said...

@'aufa : chewahhhhh bersinar2. ahhaaa. happy new year too babe ! XD


@kocix! : selamat tahun baru jugak weyhhhhhhh XD