hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Friday, June 28, 2013

JODOH. KERJA TUHAN.



indah sekarang, aku taknak.
bahagia sekarang, juga aku tak mahu.


aku takut itu semua sementara.
kecundang di pertengahan jalan.
juga kecewa di pengakhiran.




kerana cinta sebelum akad, nikmatnya cuma sementara. 
cuma seketika. 


aku cuma insan biasa.
aku takut hati aku tak tertanggung sengsaranya.
tak tertanggung sakitnya.


hati manusia, siapa boleh jangka ?
hari ni sayang katanya.
tapi mungkin esok, benci tiba-tiba.


sebetulnya betul kata Fynn Jamal, "Tutupkan hati aku dulu, bukakan ia cuma untuk lelaki yang KAU setuju menjadi suami aku".


maka
bila mahu yang halal,


kita,


tunggu.
sabar.
jangan gundah.
jangan menyerah.
jangan menyumpah.
insyaALLAH senyum bahagia di akhirnya. 


aminn ya robb.



Thursday, June 27, 2013

Mimpi. Monolog. Hati.









terkadang aku lemah. terkadang aku kuat. selemah mana pun aku. sekuat mana pun aku. aku cuma aku. aku perempuan yang sentiasa kecundang dengan cinta. juga kadang kadang kecewa dengan pelajaran. bila aku jatuh, aku belajar bangkit. bangkit sendiri. menyendiri. berdiri atas kaki sendiri. hmmm. aku taktahu apa yang ada dalam benak otakku. aku terfikir. kenapa tu semua terjadi padaku ? kenapa aku ? kenapa bukan insan lain ?

aku pernah bermimpi. bukan mimpi di siang hari. aku tertanya tanya. kenapa aku mimpi ? kenapa ? apa motifnya ? apa sebabnya ? ada yang kata mimpi cuma mainan. cuma mainan syaitan. tapi kenapa ianya bertandang di setiap malam ? betulkah apa yang aku rasa ni ? tapi yang membuatkan aku teringat pada satu perkara. yang mungkin punca aku mimpi. selalu mimpi. selalu. tanpa segan silu. mungkin itu. ya. mungkin itu,,,, RINDU..