hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Monday, December 3, 2012

Akhirnya, AKU KAHWIN !

Assalamualaikum.


Korang perasan tak dah dua kali berturut turut entry aku pasal kahwin. Siapa tak nak kahwin. Semua nak kahwin. Ustaz kat aku kursus kahwin cakap binatang pun kahwin. Orang kurang upaya pun kahwin. So, aku pun nak kahwin.


Tapi nak kahwin kenalah ada pasangan. Aku dah ada pasangan, tapi cuma dalam angan-angan. Bukan secara terang-terangan. Aku selalu berangan. Kalau dia betul-betul jadi aku punya pasangan, ohhh alangkah indahnya kehidupan, tak perlu lagi aku nak berangan.


Sebenarnya tajuk kat atas bukan ada kaitan dengan aku. Aku saja nak buat gimik je tu. Tapi memang kahwin itu impian aku. Tadi aku pergi kedai buku. Aku tengok atas satu rak tu. Tetiba aku terjumpa sesuatu. Satu buku. Aku pun rembat satu.





Nah, inilah buku tu. Sama kan tajuk dengan entry aku. Sebenarnya memang aku buat entry ni sebab nak kasi tahu korang semua aku beli novel baru. Hihihihihi. So, sekarang korang mesti dah tahu, yang kisah kahwin ni memang tak ada kena mengena langsung dengan aku. Aku masih bujang, masih single, tapi bukan sebab tak laku. Maaflah pada yang rasa kena tipu tu. Aku sesaja je nak buat gimik, sesaja nak merapu. hahahahaha.




Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan, tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan.


Sekian.









Sunday, December 2, 2012

JUST MARRIED ????

Assalamualaikum.. 


Oh mama, saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa ? Dengan pujaan hati saya. Opppssss. Heeeeee. Menggatal nak kahwin. Tajuk entry pun kemain lagi tu. Nasib baik ada tanda soal kat belakang. Kalau tak, memang dah gatai bebenor lah yeop yoooo... Hihihihi..


Just Married ??? Alahai siapa yang taknak kahwin kan. Semua nak kahwin. Semua nak hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. Semua nak ada zuriat sendiri. Kahwin ni satu ibadah sebenarnya. Bukan solat je yang di kira ibadah. Tapi kahwin pun salah satu ibadah dalam agama islam. Sebenarnya kalau nak di ceritakan secara detail pasal kahwin ni, rumit. Panjang. So, apa kata kalau yang taktahu lagi tu, sila klik kat sini, Perkahwinan Menurut Islam .



Kenapa tetiba je aku story pasal kahwin erkkk ? Sebab dah dua hari berturut-turut aku menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Ohhhh it's so awesome. Banyak ilmu yang aku dapat. Dari segi rohani, mental. Semuanyalah. Memang patutlah di wajibkan buat kursus kahwin sebelum kahwin.



This is first day of ' Kursus Kahwin '... Nahhh,, macam cikgu tak ? hikhikhik :D


Actually kursus kahwin ni anjuran Pejabat Dun Kijal. Kalau last year tak kena bayar pun tapi this year kena bayar RM10. Tapi bagi aku dah syukur Alhamdulillah boleh dapat yang murah cenggitu sebab sekarang aku dengar dengar desas desus mengatakan kalau kursus kahwin dekat pejabat agama di kenakan bayaran sebanyak RM50. So sangat tak rugi lah join kursus yang ni kan.



So, dengan bangganya dahku mempersembahkan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, TARAAAAAAAAAAA ;D









After 2 hari kami menadah telinga mendengar ustaz-ustaz berceramah, but so far so good, AKHIRNYAAAAAA,,, kami dapat apa yang kami mahukan melalu kursus ni... SIJIL KAHWIN. hihihihihi.. So now, aku dah boleh kahwin kan kan... *gedik bebenor nak kahwin....


Sekian :)