hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Sunday, December 2, 2012

JUST MARRIED ????

Assalamualaikum.. 


Oh mama, saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa ? Dengan pujaan hati saya. Opppssss. Heeeeee. Menggatal nak kahwin. Tajuk entry pun kemain lagi tu. Nasib baik ada tanda soal kat belakang. Kalau tak, memang dah gatai bebenor lah yeop yoooo... Hihihihi..


Just Married ??? Alahai siapa yang taknak kahwin kan. Semua nak kahwin. Semua nak hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. Semua nak ada zuriat sendiri. Kahwin ni satu ibadah sebenarnya. Bukan solat je yang di kira ibadah. Tapi kahwin pun salah satu ibadah dalam agama islam. Sebenarnya kalau nak di ceritakan secara detail pasal kahwin ni, rumit. Panjang. So, apa kata kalau yang taktahu lagi tu, sila klik kat sini, Perkahwinan Menurut Islam .



Kenapa tetiba je aku story pasal kahwin erkkk ? Sebab dah dua hari berturut-turut aku menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Ohhhh it's so awesome. Banyak ilmu yang aku dapat. Dari segi rohani, mental. Semuanyalah. Memang patutlah di wajibkan buat kursus kahwin sebelum kahwin.



This is first day of ' Kursus Kahwin '... Nahhh,, macam cikgu tak ? hikhikhik :D


Actually kursus kahwin ni anjuran Pejabat Dun Kijal. Kalau last year tak kena bayar pun tapi this year kena bayar RM10. Tapi bagi aku dah syukur Alhamdulillah boleh dapat yang murah cenggitu sebab sekarang aku dengar dengar desas desus mengatakan kalau kursus kahwin dekat pejabat agama di kenakan bayaran sebanyak RM50. So sangat tak rugi lah join kursus yang ni kan.



So, dengan bangganya dahku mempersembahkan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, TARAAAAAAAAAAA ;D









After 2 hari kami menadah telinga mendengar ustaz-ustaz berceramah, but so far so good, AKHIRNYAAAAAA,,, kami dapat apa yang kami mahukan melalu kursus ni... SIJIL KAHWIN. hihihihihi.. So now, aku dah boleh kahwin kan kan... *gedik bebenor nak kahwin....


Sekian :)



Friday, November 23, 2012

RESTU KELUARGA atau TEPUK SEBELAH TANGAN ???

Assalamualaikum... 


Harap maaf. Gambar di atas hanya sekadar hiasan. hihihihihi... Ni time hangout with kawan last weekend. Nice view kan. Dekat Kuala Terengganu :)

Oke. Back to the topic. Restu keluarga atau bertepuk sebelah tangan. Mana lagi sakit ? Aku dah rasa keduanya sekali. Dulu, bercinta tanpa restu keluarga. Sekarang, bertepuk sebelah tangan pulak. Sakit tak ? Sangat sakit sebenarnya. Memang pada sesiapa yg tak alami taktahu camne rasa dia. Mungkin ada yg cakap " alaaaa cari je yg lain. kumbang bukan seekor ",, atau ada jugak yg cakap " ala chill lah babe. muda lagi kot "... yes, memang aku muda lagi. Baru 21 tahun. Tapi masa muda ni lah kita nak merancang kan.

Tipu kalo aku cakap aku tak rindu bekas kekasih dulu. Sebab dia dah banyak sangat berkorban untuk aku. Dah banyak sangat. Dari masalah kecik sampai masalah besar boleh dikatakan dia selalu ada, sedia membantu sekadar termampu. Tapi ajal maut jodoh pertemuan semua kat tangan tuhan kan. Memang mula-mula dulu aku susah nak terima hakikat yg cinta aku dan dia takkan boleh bertahan sampai jinjang pelamin. Tapi lama lama, aku redha dengan ketentuan-NYA. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan semuanya.

Bertepuk sebelah tangan pun tak kurang hebat dia punya kesakitan. Haaaaaa kisah aku ni kalo di jadikan novel rasanya laku bebenor. Sakit, pedih, kecewa wehhhhh kalo bertepuk sebelah tangan ni. Kalau lah hati ni boleh di cuci, akan aku cuci biar clear semuanya. Biar hilang segala rasa ni. Haaaa mesti hebat kan. hahahahaha.

Actually aku dah kenal si dia ni sebelum aku kenal bekas kekasih hati aku lagi. Dulu dia dah berpunya. Sebab tu aku tak berani kacau dia. But now, bila aku dah single mingle, dia pun single mingle jugak. So, dengan mengenepikan istilah " perigi cari timba ", aku dengan selamba nya memberanikan diri luahkan rasa hati aku kat dia.. Perghhhhhhh sentap beb bila dia cakap " Saya cuma boleh anggap awak sebagai kawan sebab sekarang saya lebih senang hidup single tapi SAYA SUKA AWAK "... nahhhhhh dah jelas dan terang tak payah nak suluh-suluh lagi dah aku memang dah tahu aku tak ada harapan langsung. Wakakakaka. Tapi aku lega. Lega bila dah bagitahu dia isi hati aku. At least dia tahu even hancur berkecai hatiku haha.

So now, aku berserah segalanya pada tuhan. Buat masa sekarang aku nak stop dulu pikir soal cinta. Sebab aku rasa better aku tumpukan pada pelajaran dulu. InshaALLAH  lagi setahun setengah aku bakal tamatkan pengajian ijazah aku. Lepas tu barulah aku nak pikir serius pasal cinta.


" Kadangkala orang yg menyintaimu adalah orang yg tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya... Dan pabila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu,, kau akan menyedari bahawa dia adalah cinta yg tak pernah kau sedari ".


Kepada bekas kekasih, kalau awak baca entry ni, saya nak awak tahu, sampai sekarang saya masih sayangkan awak. Saya harap kita boleh jadi kawan dunia dan akhirat. Dan saya harap awak bertemu kebahagiaan awak. Kebahagiaan yg akan kekal sampai akhirat. Aminnn.



Sekian :')