hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Sunday, May 13, 2012

Fatisha Mushroom Garden Cafe. wajib singgah :p




Assalamualaikum.

malam ni intro tak nak panjang panjang. nak kejar masa nak tido pulak ni. hikhikhik... oke, just now aku baru je terjah satu blog ni. and dia ada story pasal satu restoran yang dia pernah pergi. and food kat situ superb jugak la. menyelerakan. but apa yang special kat tempat tu dia tak bagitahu pulak.


so, entry kali ni aku pun nak story pasal makanan jugak la. HAHAHA! saja lah ni mendera diri sendiri menengok gambar gambar food bagai ni. haaaaa tempat yang aku nak story actually WESTERN RESTAURANT. nama dia  FATISHA MUSHROOM GARDEN CAFE ,so kalo korang nak makan kat situ, tolong jangan order lah makanan bukan makanan barat. memang confirm tak hadooooooo. hokehhhhhh. 


Actually, cafe ni dah 2 tahun beroperasi. dulu dulu aku tak tahu menahu pun kewujudan cafe ni. ye lah. dia buat kat kawasan pedalaman. dekat kawasan perumahan. kalo kat bandar dah sah sah lah senang nak tahu kan. oke before tu, tataplah dulu gambar gambar kami ni ye. ini gambar last week punya. sehari sebelom abah balik platform. pergi 8 orang. termasuk sepupu and kawan sepupu. family aku memang tak sah kalo tak datang makan kat sini tiap tiap bulan. bukan tiap tiap hari oke. lingkup lah gua punya bapak kalo macam tu kan. HAHA! oke, now enjoy our show. heeeeeeeeeeee ;p




This is my mom.... tudung sama kaler dengan air kan. matching. ekekeke. time ni makanan tak sampai lagi. service dia oke. cume time ni customer ramai sangat. sampaikan masa kitorang sampai tu terpaksa menunggu kat ruangan menunggu. sebab takda tempat kosong. nak makan kat sini kenalah belajar bersabar. SABAR MENUNGGU. :)




My abah and me... miss abah so much now :') hopefully abah sihat sihat aja kat platform sana..... ehhh muka aku sama tembam ngan abah. kihkihkih



ini RIB EYE BEEF STIK. harga dia RM 18.50  each.

Ni adik aku with CHICKEN WINGS FRIED... Harga RM 16.00 each.


sila abaikan muka aku yang tengah kebulur tu. HAHAHA!... aku makan BREADED FRIED CHICKEN. yang ni murah. RM 11.50 je satu pinggan. abah aku pun makan sama macam aku. haaaaaa mama aku pulak just makan POTATO WEDGES. harga dia RM 6.00 sepinggan kecik tuh.


abang aku makan RIB EYE BEEF STIK.



ni sepupu aku with kawan dia.

ni sepupu aku jugak.

oke. this is me. actually ini before dapat makanan. tengok mata tuh dah semacam mengantuk je kan. haha

oke. before aku tamatkan cerita aku ni, aku nak bagitahu lah apa yg special kat cafe ni. oke. minuman dia special sangat. special bukan sebab ada minuman pelik pelik tapi sebab minuman kat sini kira ikut customer. sorang customer RM 2.50. tak kira lah kau nak minum air apa pun. sampai muntah pun tak apa. cuma RM 2.50. tang minuman kena layan diri ye. ambik je air apa yang kau nak. aku kalo makan kat sini confirm minum MOCHA. minum sampai muntah. oke. tipu. HAHA!

Last but not least, cafe ni terletak dekat area KEMAMAN.  aku nak cakap pun tak reti. korang tengok sendiri lah kat sini. heeeeeeeeeeeeeeeeee :) lokasi cafe . Tak rugi makan kat sini. best sangat sangat. pekerja pun semua ramah ramah .

Sekian.





11 comments:

cik bulan said...

dapnye dapnye

kocix! said...

pergghh sedapnye sedapnyerhh!
makan ngan famly pulak..
restoren tuh mcm cantik je weh! blink2..

Asyiqin Haulisah said...

nak sikit haih.

ain shakirah said...

cik bulan : mai ler mai ler kita g mkn sesama hikhikhik ;p



kocix : ha'ah. ala2 tradisional gitu design dia punya restoren. pakai atap nipah. style kot :)



asyiqin : haaaaa amek ler. nganga mulut tuh. meh nak suap meh. HAHA!

Anonymous said...

waa muker awk ngan nak awak mcm fotostat!!! haha
ape2 pon, timer kasih sbb buat saye lapar mlm2 buta ni!!

ain shakirah said...

BP Boy : haaaaaaa anak dia kan. heeeee :) mohon sgt jeles bebanyak ye. hikhikhik

laskar pelangi said...

Makan makan dgn family adalah paling best sekali kan. Seronok je bergelak tawa sesama :)
Rindunya kat family

~.~

No name said...

murah lar western dia.. Tapiiiii jauh nya..

ain shakirah said...

laskar pelangi : yes :)


lizzie yasmin : yup. sini murah than other place. cheap n more delicious.

Anonymous said...

Terima kasih banyak-2 ain shakira, saya sebagai pekerja fatisha ingin mengucap ribuan terima kasih kerana mengunjungi fatisha mushroom garden cafe....jemput lah datang lagi ye...

Anonymous said...

OK..BOLIH..TP BOLIH FOC SEKALI TAK..
UPAH PROMOTE..HEHE..1 LAMB CHOPE PN DH OK..