hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Friday, November 22, 2013

" Takpe, ego tu lah yang buat saya jatuh sayang. "



Panjang pulak tajuk entry.


Terjebak menaip entry ni lepas TERdengar lagu New Boyz tu kat laptop sendiri. Sejarah Mungkin Berulang. Haaaaa bergenang jugak ayaq mata ni. Tskk T_T


andaiku turut rasa hatiiiiiiiiiiiiiiiiiii
telah jauh ku bawa diri......
tapi kemaafan ku lahir dari hati,,,, mengatasiiiiiiiiiiiiiiiii...


sejarah mungkin berulang.....anngggggg  ( kesat ayaq mata. sobbs )

walau engkau ku maafkan,, oh kekasihhhhh
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hati muuuuuuuu...uuuuuuuuuuuuu



" Sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kau tak mampu untuk berjalan. Sejarah untuk dijadikan pedoman bukan buat kau terusan meroyan. Sejarah untuk kau sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kau untuk terus tenggelam. Faham sejarah dan kau akan faham erti kehidupan yang sebenar."- unknown.



Tajuk entry dengan sejarah ni tak ada kaitan apa apa pun sebenar nya. Tapi tu lah.. Sebab ego tu lah buat saya TERjatuh sayang kat awak sekarang ni. Alaaa makin rasa susah nak dapat, makin senang sayang nii melekat. Apakehal lah ni oiiii. Dok gemor lah camni. 


Ada yang kata perigi cari timba ni jenis taktahu malu. Muka tebal patbelas inci. Choiiii. Tapi gua tak kesah langsung. Korang lupa ke yang Siti Khadijah yang melamar Rasulullah SAW untuk jadi suami beliau. Haaaa lupa lah tu kan. Takpe. Ni gua nak flashback. Biar korang ingat.

Di dalam kisah Siti Khadijah dan Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah yang terlebih dahulu menyatakan keinginannya untuk menikah dengan Rasulullah. Melalui sahabatnya, Siti Khadijah menyampaikan keinginan itu. Hal ini menjadi sebuah jalan bagi wanita untuk tidak malu atau takut mengutarakan keinginan hatinya menikah dengan seorang pria baik, soleh dan berakhlak mulia. Menikah adalah tujuan yang mulia, jadi tidak perlu malu untuk sebuah tujuan mulia yang suci. Kalaupun lamaran itu tidak diterima, janganlah malu, karena Allah SWT pasti punya jawaban terbaik untuk menjawab jodoh seorang wanita.

Makanya, saya tak rasa menyesal pun sayang awak melainkan awak yang rasa malu nak berkawan dengan saya. Saya sayang awak, walaupun saya tak cukup baik untuk awak. Ya, ego awak tinggi sangat. Kenapa saya kata tinggi ? Sebabnya sepanjang kita kenal, baru sekali awak cakap MAAF dengan saya. Tu pun bulan 6 hari tu. Time tu saya terharu giler youuuuuuuuuuuu. Rasa macam nak peluk peluk je awak masa tu. Oke. Tampar pipi sendiri kejap,, eeeiii tak malu !!! -.-'




Awak, bila agaknya 'saya' dan 'awak' akan jadi 'kita' ????? Akan jadi ke 'kita' tu ????





Sekian




*oke. sambung buat chapter 3 fyp proposal . stressnyaaaaaaaaaaa kita. -.-'


Saturday, November 16, 2013

Surat Maya untuk AWAK !!!

Sepanjang malam saya merenung laptop saya. Dan akhirnya saya putuskan untuk menulis sepucuk surat di alam maya buat saudara yang semakin hari semakin kuat melekat di hati saya.


Saudara,

Bagaimana angin malam di sana ? Kencang atau biasa biasa saja ? Bagaimana suhu di tempat saudara? Sejuk atau suam suam kuku sahaja ? Dan macam mana senyuman saudara ? Masih kah sama seperti sebelum sebelum nya ?


Saudara,

Tak perlu di utuskan sekeping gambar melalui teknologi terkini di saat dan tika ini kerna wajah saudara paling jelas di hati. Senyuman saudara juga paling terakam di sanubari. Tak perlu di khabarkan berapa banyak tahap rindu ini. Kerna hanya DIA yang tahu isi hati ini. Dan tak perlu di suruh memilih kerna sudah tahu siapa yang terpilih.


" Semoga lelaki yang pendiam itu menjadikan diam itu sebagai satu kebaikan. Semoga seorang lelaki yang pernah di kecewakan itu menjadikan kekecewaan itu suatu pengajaran. Semoga seorang lelaki yang pernah terluka itu menjadikan luka itu sebagai pengalaman di masa depan.


Dan semoga seorang lelaki yang saya sayangi itu sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan. Semoga hilang segala kedukaan. Hilang segala kesengsaraan. Hilang segala kekusutan. Dan diberikan kemenangan serta kesenangan dalam pembelajaran, dalam kehidupan seharian. Juga kebahagiaan. Aminn. " - Monolog dalaman.


Saudara,

Selamat malam. Semoga esok saya masih diberikan kesempatan untuk menyayangi saudara walaupun cuma dalam diam, juga tanpa pengetahuan. 



16 November 2013, 1:11 pagi.