hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Thursday, August 15, 2013

Cinta itu lalai.


Rabb.
Aku tahu cinta sebelum nikah itu lalai. Cinta itu di terjemah selepas nikah. Bukan sekarang masanya. Bukan saat sekarang untuk merintih pada cinta yang tidak halal sebenarnya.

Rabb.
Hanya padaMu cinta yang hakiki. Abadi. Tidak mati. Tidak luput dek hari. Maafkan aku ya Rabb andai lalai dalam cintaMu. Maafkan aku andai luput dalam bicara cinta padaMu.

Rabb.
Cinta pada hambaMu itu adalah tidak kekal. Sampai bila bila. Cinta itu akan pergi kerna duniawi ini juga tiada satu pun yang akan kekal abadi.

Rabb.
Ada 3 peringkat cinta. Cinta agung hanya untukMu. Cinta pertengahan hanya untuk sang halal. Terakhir, cinta hina aku mohon jauhkan. Biarkan aku kekal dengan cinta agungMu ya Rabb. Biarkan aku tidak lagi sakit dan di sakiti berkali kali.

Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Pabila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan rebah.

Rabb.
Kerana pernah tersungkur, aku memahami apa erti kebahagiaan melalui jatuhnya dulu.


Bila Allah kata "YA", tiada siapa mampu kata "TIDAK". Tapi bila ALLAH kata "TIDAK", tiada satu kuasa pun mampu berkata "YA". Percayalah. Kun FayaKun.

Rabb.
Andai benar insan yang aku rindu, yang aku sayang sekarang, jodohku, kau satukanlah hati kami. Permudahkanlah hubungan kami hingga menjadi halal di mataMu. Janganlah kau lalaikan hati kami. Aku mohon ya Rabb, jika dia bukan jodohku, kau hilangkan lah segala pesonanya dari mataku, kau redhakan lah hati ku. Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon, ya Rabb. Ameen :')






Ps: Perempuan tak perlu intan. Tak perlu permata. Cukup dengan perhatian. Kau akan buat dia perempuan yang paling bahagia.



Thursday, July 25, 2013

Perempuan & Demand.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah 15 hari kita berpuasa. Pejam celik pejam celik. Kejap je masa berlalu. Cuti semester aku pun dah nak habis. Tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi, insyaALLAH. Rasa macam dah lama tak update blog ni. Bukan kekangan masa tapi entah lah, even banyak cerita nak di kongsi bersama tapi mungkin belum sampai masa. So, malam ni dengan bertemankan koolfever di dahi ku yang luas bak kata someone, aku nak menulis sikit ni.... *demam uolls. sobbs. tskk T_T


Bismillah....

Lately, ramai lelaki kat FB cakap perempuan zaman sekarang terlalu demand. Haaaa tahu demand tu apa ? Rasanya semua dah tahu kot. So tak perlu lah kot aku nak belek kamus dewan ke kamus masyarakat ke nak cari maksud 'demand' tu. Memang ada perempuan sebegitu, tapi bukan semua. Jangan sebab perempuan tak sudi tumpang motor korang, terus di label kan demand..


Sorry to say.. Itu bukan demand. Itu maknanya MENJAGA diri. Demand tu bagi aku kalau yang mengada ngada nak naik kereta sport lah, nak rumah besar lah, nak pakwe kaya raya lah. Haa tu baru demand uolls. Seriously, Alhamdulillah, sejak zaman sekolah lagi aku dilarang abah sama sekali naik motor dengan mana mana lelaki bukan muhrim. Abah cakap, better jalan kaki together daripada naik motor bersama. Tapi tu tak bermakna aku tak pernah naik motor okeh. Kalau balik kampung, aku selalu jugak round round bandar naik motor dengan sepupu aku.


Zaman sekolah, zaman bercinta, cinta monyet, bila di ajak keluar bersama, aku tolak. Nak tahu sebab apa ? Sebab naik motor. Atau dalam erti kata lain, bahasa ganu,,, NGEPONG. Sorry, aku tak pernah merasa macam mana rasa ngepong tu. Entah lah. Bila aku tengok kawan kawan keluar dengan boipren masing masing, bonceng motor bersama, aku tak rasa dengki apa apa kot. Bukan nak hina diorang. Tak. Tu hak diorang. Cuma aku ni je yang tak minat semua tu. Harap jangan salah paham.


Then time tu lah kawan kawan lelaki dah cop aku ni demand. Rupa tak ada tapi memilih, nak yang berkereta je. Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan aku time tu. Seriously, maa selalu bagi motivated kat aku. " Ain. Hidup ni jangan terlalu memilih. Jangan tetapkan siapa jodoh kita. Semua tu kerja tuhan. Sekali tuhan tentukan jodoh kita, si pemesin rumput, kita kena terima seadanya. Redha. Terima dengan hati terbuka.". Itu je ayat yang maa selalu pesan kat aku. JANGAN MEMILIH.


Bukan aku nak hina pekerjaan mesin rumput tu. Tapi tu sebagai contoh. Sebab sekarang terlalu ramai perempuan yang cakap,, " eh, kalau kerja nurse, kena lah cari suami doktor ",, tak kurang jugak,,, " ala aku ni engineer, takkan nak kahwin dengan buruh kasar je, tak chill la beb ",, Jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. So girls, fikir dulu sebelum berkata kata.


Banyak beza keluar dengan motor dan kereta. Kalau motor, jarak antara kita dengan penunggang motor tu terlalu dekat. Dibuatnya si penunggang brek motor mengejut, then kita terpeluk dia, haaaaa itu dah dianggap ambil kesempatan dalam kesempitan. Kalau kereta, time brek mengejut tu tak ada masalah apa apa kot. Paling tidak, terhantuk kat dashboard. Bengkak dahi sikit. Dah. Tu je kot.


So sekarang, lelaki perlu paham. Perempuan yang tak sudi naik motor korang tu bukan sebab dia demand, tapi sebab hal cenggini lah. Chill. Tapi kalau dah 'halal' nanti, aku sendiri kot request nak naik motor sama sama dengan sang jodoh, sambil menikmati keindahan pantai. Oh indahnya bila dah 'halal' kan. Heeee.


Sekian.


p/s : aku suka tengok 'dia' drive. tenang je. cool. sebab tu aku suka mintak 'dia' drive. orang cakap kan, lelaki yg cool time drive ni, dia pandai handle masalah. betul ke ? tapi serious, aku suka 'dia'. Ops :3