hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Friday, November 23, 2012

RESTU KELUARGA atau TEPUK SEBELAH TANGAN ???

Assalamualaikum... 


Harap maaf. Gambar di atas hanya sekadar hiasan. hihihihihi... Ni time hangout with kawan last weekend. Nice view kan. Dekat Kuala Terengganu :)

Oke. Back to the topic. Restu keluarga atau bertepuk sebelah tangan. Mana lagi sakit ? Aku dah rasa keduanya sekali. Dulu, bercinta tanpa restu keluarga. Sekarang, bertepuk sebelah tangan pulak. Sakit tak ? Sangat sakit sebenarnya. Memang pada sesiapa yg tak alami taktahu camne rasa dia. Mungkin ada yg cakap " alaaaa cari je yg lain. kumbang bukan seekor ",, atau ada jugak yg cakap " ala chill lah babe. muda lagi kot "... yes, memang aku muda lagi. Baru 21 tahun. Tapi masa muda ni lah kita nak merancang kan.

Tipu kalo aku cakap aku tak rindu bekas kekasih dulu. Sebab dia dah banyak sangat berkorban untuk aku. Dah banyak sangat. Dari masalah kecik sampai masalah besar boleh dikatakan dia selalu ada, sedia membantu sekadar termampu. Tapi ajal maut jodoh pertemuan semua kat tangan tuhan kan. Memang mula-mula dulu aku susah nak terima hakikat yg cinta aku dan dia takkan boleh bertahan sampai jinjang pelamin. Tapi lama lama, aku redha dengan ketentuan-NYA. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan semuanya.

Bertepuk sebelah tangan pun tak kurang hebat dia punya kesakitan. Haaaaaa kisah aku ni kalo di jadikan novel rasanya laku bebenor. Sakit, pedih, kecewa wehhhhh kalo bertepuk sebelah tangan ni. Kalau lah hati ni boleh di cuci, akan aku cuci biar clear semuanya. Biar hilang segala rasa ni. Haaaa mesti hebat kan. hahahahaha.

Actually aku dah kenal si dia ni sebelum aku kenal bekas kekasih hati aku lagi. Dulu dia dah berpunya. Sebab tu aku tak berani kacau dia. But now, bila aku dah single mingle, dia pun single mingle jugak. So, dengan mengenepikan istilah " perigi cari timba ", aku dengan selamba nya memberanikan diri luahkan rasa hati aku kat dia.. Perghhhhhhh sentap beb bila dia cakap " Saya cuma boleh anggap awak sebagai kawan sebab sekarang saya lebih senang hidup single tapi SAYA SUKA AWAK "... nahhhhhh dah jelas dan terang tak payah nak suluh-suluh lagi dah aku memang dah tahu aku tak ada harapan langsung. Wakakakaka. Tapi aku lega. Lega bila dah bagitahu dia isi hati aku. At least dia tahu even hancur berkecai hatiku haha.

So now, aku berserah segalanya pada tuhan. Buat masa sekarang aku nak stop dulu pikir soal cinta. Sebab aku rasa better aku tumpukan pada pelajaran dulu. InshaALLAH  lagi setahun setengah aku bakal tamatkan pengajian ijazah aku. Lepas tu barulah aku nak pikir serius pasal cinta.


" Kadangkala orang yg menyintaimu adalah orang yg tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya... Dan pabila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu,, kau akan menyedari bahawa dia adalah cinta yg tak pernah kau sedari ".


Kepada bekas kekasih, kalau awak baca entry ni, saya nak awak tahu, sampai sekarang saya masih sayangkan awak. Saya harap kita boleh jadi kawan dunia dan akhirat. Dan saya harap awak bertemu kebahagiaan awak. Kebahagiaan yg akan kekal sampai akhirat. Aminnn.



Sekian :')



Wednesday, October 31, 2012

Officialy, i am Miss S . opppsssss ! ( INI BUKAN TAJUK NOVEL )

ASSALAMUALAIKUM...


Almost 3 month tak update blog. sibuk tu tak lah sibuk sangat tapi sekarang memang agak sibuk. sibuk dengan latihan industri lagi. sibuk nak siapkan report bagai lagi. sibuk sebab adik sakit lagi. sibuk nak jaga HATI lagi. ooppppssss ehhhhhhhhh ??? =.='...

Banyak hal yang berlaku dalam masa 3 bulan ni. Tapi setiap dugaan yang tuhan bagi tu bermakna DIA sayangkan kita kan.

15 Julai 2012, aku dah start menjalani Latihan Industri kat PFCE Ponterosso. SDN. BHD. Lokasinya dekat je dengan area rumah aku. Dekat tu tak dekat jugak lah. Maybe makan masa 15 minit juga nak sampai. Kilang tu memang terletak dalam kawasan perindustrian. Banyak gila kot company dekat sana. Halliburton, Talisman, Schlumberger, Kenchana Pinewell, dan macam-macam lagi lah.

kami kawan praktikal. yg sebelah kiri tu classmate aku je pun. and yg kat tengah tu,  student Bachelor of Mechanical Engineering from UIAM. Kami berdua pulak dalam kursus Bachelor of Manufacturing Engineering Technology
 ( TOOLING ).

As a Trainee Engineer, sepatutnya kami bekerja dalam pejabat. Tapi disebabkan aku memang tak suka gila dengan environment dalam pejabat, so kami minta izin boss untuk bekerja di dalam yard / workshop. Tak sia sia sebab banyak ilmu, pengalaman dan kenangan yg kami dapat kat situ. And now, tinggal lagi 10 hari untuk aku tamatkan latihan industri ni. Suka dalam duka. :')


9 Oktober 2012 pulak, satu satunya adik aku terpaksa di operated sebab masalah appendixs. And ALHAMDULILLAH, semuanya selamat. Now, adik dah makin sihat. Dan pada hari yang sama jugak cousin aku melangsungkan majlis perkahwinan.

pagi hari sebelum majlis berlangsung. sempat lagi kot posing before melawat adik kat hospital. and ALHAMDULILLAH, adik boleh keluar dari wad hari itu jugak :)





Last but not least, about my relationship with him. Hubungan yang aku harapkan bertahan hingga akhir hayat akhirnya berkecai di tengah jalan. Memang 'kita' dah tak sehaluan sejak berkurun lama, kan. Sebab kita berpisah, biarlah hanya aku, kau dan ALLAH swt yg tahu. But life must go on. Mungkin tiada jodoh antara kita. Dan aku berharap kau bahagia bersama insan yang jauh lebih baik dan sempurna dari diri ini. Dan sekarang, aku lebih bahagia menyendiri begini. Biarlah apa orang nak kata, kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan ?


Sekian.