hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Sunday, June 10, 2012

KEPOMPONG ????

Assalamualaikum.


Persahabatan bagai kepompong. mengubah ulat menjadi kupu kupu. lalalalalalala. opssss terover nyanyi pulak. itu lagu KEPOMPONG by Sind3ntosca... haaaa band mana entah aku pun tak sure. punyalah susah nak sebut dia punya nama. tapi seriously lagu tuu nice sangat. dah lama dah. tapi semalam bila rindu kengkawan, geledah lah lappy ni cari lagu tu. bila jumpa, terus dengar sampai patblas kali. sempoi kot. heeeeeeee >,<

Oke. wa rindu sangat sama kawan kawan wa. ye lah kan. now, wa tengah cuti akhir semester. tinggal lagi sebulan setengah sebelom wa start semester baru. tapi semester depan wa dah praktikal lah lu. dah sah sah still tak jumpa lagi kengkawan wa tu sume kan. wehhh apesal wa lu wa lu ni. dah macam samseng dah. ahakssssssss >,<

Setiap kali rindu kat kengkawan, confirm aku tengok semua picture diorang kat dalam lappy aku ni. dah bermacam macam album ada. dalam phone aku pun penuh dengan picture diorang. tapi aku tak kisah pun. heeeeeeeee :D

So, aku pun merajinkan diri edit picture diorang. nahhh inilah kengkawan aku tu. heeeeeeeee :)














inilah antara kawan kawan aku. ramai lagi tapi entry lain kali lah pulak ye. tu pun kalau aku rajin nak mengupdate lagi. hihi..... love u oll's guys :) hidup tanpa kawan ibarat layang layang terputus tali lah kan. abah pernah cakap, sekali kita berkawan, sampai akhir hayat kita tetap akan ingat kawan kita n then abah pun pernah cakap, berkawan bukan untuk sementara, tapi berkawan ialah untuk selama lamanya. i'm proud with u abah. u r the best tutor in my life :)

and to beberapa orang yang pernah bergelar kawan aku tu, thank you so much sebab sudi berkawan dengan aku even sekejap. putus cinta aku ok, tapi putus kawan, susah aku nak terima. aku rindu kau dan kau. kalau kau dan kau baca entry ni, aku harap contact lah aku balik. bukan ku pinta jadi begini. and aku pun tak suka kita begini. kerana salah paham, hancur semuanya. hopefully kau dan kau sudi berkawan dengan aku lagi, insyaallah satu hari nanti ! aminn :')

Sekian.


Sunday, May 13, 2012

Fatisha Mushroom Garden Cafe. wajib singgah :p




Assalamualaikum.

malam ni intro tak nak panjang panjang. nak kejar masa nak tido pulak ni. hikhikhik... oke, just now aku baru je terjah satu blog ni. and dia ada story pasal satu restoran yang dia pernah pergi. and food kat situ superb jugak la. menyelerakan. but apa yang special kat tempat tu dia tak bagitahu pulak.


so, entry kali ni aku pun nak story pasal makanan jugak la. HAHAHA! saja lah ni mendera diri sendiri menengok gambar gambar food bagai ni. haaaaa tempat yang aku nak story actually WESTERN RESTAURANT. nama dia  FATISHA MUSHROOM GARDEN CAFE ,so kalo korang nak makan kat situ, tolong jangan order lah makanan bukan makanan barat. memang confirm tak hadooooooo. hokehhhhhh. 


Actually, cafe ni dah 2 tahun beroperasi. dulu dulu aku tak tahu menahu pun kewujudan cafe ni. ye lah. dia buat kat kawasan pedalaman. dekat kawasan perumahan. kalo kat bandar dah sah sah lah senang nak tahu kan. oke before tu, tataplah dulu gambar gambar kami ni ye. ini gambar last week punya. sehari sebelom abah balik platform. pergi 8 orang. termasuk sepupu and kawan sepupu. family aku memang tak sah kalo tak datang makan kat sini tiap tiap bulan. bukan tiap tiap hari oke. lingkup lah gua punya bapak kalo macam tu kan. HAHA! oke, now enjoy our show. heeeeeeeeeeee ;p




This is my mom.... tudung sama kaler dengan air kan. matching. ekekeke. time ni makanan tak sampai lagi. service dia oke. cume time ni customer ramai sangat. sampaikan masa kitorang sampai tu terpaksa menunggu kat ruangan menunggu. sebab takda tempat kosong. nak makan kat sini kenalah belajar bersabar. SABAR MENUNGGU. :)




My abah and me... miss abah so much now :') hopefully abah sihat sihat aja kat platform sana..... ehhh muka aku sama tembam ngan abah. kihkihkih



ini RIB EYE BEEF STIK. harga dia RM 18.50  each.

Ni adik aku with CHICKEN WINGS FRIED... Harga RM 16.00 each.


sila abaikan muka aku yang tengah kebulur tu. HAHAHA!... aku makan BREADED FRIED CHICKEN. yang ni murah. RM 11.50 je satu pinggan. abah aku pun makan sama macam aku. haaaaaa mama aku pulak just makan POTATO WEDGES. harga dia RM 6.00 sepinggan kecik tuh.


abang aku makan RIB EYE BEEF STIK.



ni sepupu aku with kawan dia.

ni sepupu aku jugak.

oke. this is me. actually ini before dapat makanan. tengok mata tuh dah semacam mengantuk je kan. haha

oke. before aku tamatkan cerita aku ni, aku nak bagitahu lah apa yg special kat cafe ni. oke. minuman dia special sangat. special bukan sebab ada minuman pelik pelik tapi sebab minuman kat sini kira ikut customer. sorang customer RM 2.50. tak kira lah kau nak minum air apa pun. sampai muntah pun tak apa. cuma RM 2.50. tang minuman kena layan diri ye. ambik je air apa yang kau nak. aku kalo makan kat sini confirm minum MOCHA. minum sampai muntah. oke. tipu. HAHA!

Last but not least, cafe ni terletak dekat area KEMAMAN.  aku nak cakap pun tak reti. korang tengok sendiri lah kat sini. heeeeeeeeeeeeeeeeee :) lokasi cafe . Tak rugi makan kat sini. best sangat sangat. pekerja pun semua ramah ramah .

Sekian.