hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Wednesday, January 5, 2011

Tips untuk menyemarakkan hubungan cinta


 1. Tunjukkan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

 2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

 3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

 4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .

 5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.

 6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

 7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

 8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

 9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.

 10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
> Belajarlah mencintai seseorang dengan jujur dan ikhlas kerana perhubungan tanpa kejujuran ibarat perahu tanpa pendayung,,, akan hanyut mengikut arus angin...... 

Tuesday, January 4, 2011

~CINTA ITU PASTI MILIK KITA JIKA.......

                                                                   ~CINTA.....                                                                               Apa itu CINTA?  Cinta itu tersangat indah pabila kita saling mencintai antara satu sama lain....           Cinta,,,, ada manis,,, ada pahit.... Tapi cinta yang paling manis ialah cinta pada ALLAH S.W.T,, sejati dan akan kekal abadi.....
 Cinta itu seperti kupu-kupu. Semakin dikejar, semakin lari. Tapi kalau
dibiarkan terbang, dia akan datang di saat kamu tidak mengharapkannya.
 Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya kebohongan. Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya...
Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan
orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak
berbahagia bersama kamu.
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih
menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan
lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan
jatuh cinta, hanya untuk mengetahui bahawa dia bukan untuk kamu dan kamu
sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.
Jadi,, 
Cintailah seseorang yang menyintaimu lebih daripada kamu menyintainya...
Pasti akan lebih bermakna,,, INSYAALLAH... 


                                * Cinta itu aku.. Cinta itu kamu... Cinta itu kita...    
Cinta itu penyatuan dua jiwa..
 Semoga dengan restu-MU, ya Allah,,,, hubungan cinta kami akan berkekalan hingga akhir hayat.. Amin