Sepanjang malam saya merenung laptop saya. Dan akhirnya saya putuskan untuk menulis sepucuk surat di alam maya buat saudara yang semakin hari semakin kuat melekat di hati saya.
Saudara,
Bagaimana angin malam di sana ? Kencang atau biasa biasa saja ? Bagaimana suhu di tempat saudara? Sejuk atau suam suam kuku sahaja ? Dan macam mana senyuman saudara ? Masih kah sama seperti sebelum sebelum nya ?
Saudara,
Tak perlu di utuskan sekeping gambar melalui teknologi terkini di saat dan tika ini kerna wajah saudara paling jelas di hati. Senyuman saudara juga paling terakam di sanubari. Tak perlu di khabarkan berapa banyak tahap rindu ini. Kerna hanya DIA yang tahu isi hati ini. Dan tak perlu di suruh memilih kerna sudah tahu siapa yang terpilih.
" Semoga lelaki yang pendiam itu menjadikan diam itu sebagai satu kebaikan. Semoga seorang lelaki yang pernah di kecewakan itu menjadikan kekecewaan itu suatu pengajaran. Semoga seorang lelaki yang pernah terluka itu menjadikan luka itu sebagai pengalaman di masa depan.
Dan semoga seorang lelaki yang saya sayangi itu sentiasa berada di bawah lindungan Tuhan. Semoga hilang segala kedukaan. Hilang segala kesengsaraan. Hilang segala kekusutan. Dan diberikan kemenangan serta kesenangan dalam pembelajaran, dalam kehidupan seharian. Juga kebahagiaan. Aminn. " - Monolog dalaman.
Saudara,
Selamat malam. Semoga esok saya masih diberikan kesempatan untuk menyayangi saudara walaupun cuma dalam diam, juga tanpa pengetahuan.
16 November 2013, 1:11 pagi.
3 comments:
done follow u.. follow me back :)
dia baca x?
@nurul farahizzati : heee. entah. tak baca kot :)
Post a Comment