hentakkan kaki anda kat sini erk ;p

" For whatever I might be facing today , i believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine."

Thursday, August 15, 2013

Cinta itu lalai.


Rabb.
Aku tahu cinta sebelum nikah itu lalai. Cinta itu di terjemah selepas nikah. Bukan sekarang masanya. Bukan saat sekarang untuk merintih pada cinta yang tidak halal sebenarnya.

Rabb.
Hanya padaMu cinta yang hakiki. Abadi. Tidak mati. Tidak luput dek hari. Maafkan aku ya Rabb andai lalai dalam cintaMu. Maafkan aku andai luput dalam bicara cinta padaMu.

Rabb.
Cinta pada hambaMu itu adalah tidak kekal. Sampai bila bila. Cinta itu akan pergi kerna duniawi ini juga tiada satu pun yang akan kekal abadi.

Rabb.
Ada 3 peringkat cinta. Cinta agung hanya untukMu. Cinta pertengahan hanya untuk sang halal. Terakhir, cinta hina aku mohon jauhkan. Biarkan aku kekal dengan cinta agungMu ya Rabb. Biarkan aku tidak lagi sakit dan di sakiti berkali kali.

Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Pabila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan rebah.

Rabb.
Kerana pernah tersungkur, aku memahami apa erti kebahagiaan melalui jatuhnya dulu.


Bila Allah kata "YA", tiada siapa mampu kata "TIDAK". Tapi bila ALLAH kata "TIDAK", tiada satu kuasa pun mampu berkata "YA". Percayalah. Kun FayaKun.

Rabb.
Andai benar insan yang aku rindu, yang aku sayang sekarang, jodohku, kau satukanlah hati kami. Permudahkanlah hubungan kami hingga menjadi halal di mataMu. Janganlah kau lalaikan hati kami. Aku mohon ya Rabb, jika dia bukan jodohku, kau hilangkan lah segala pesonanya dari mataku, kau redhakan lah hati ku. Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon, ya Rabb. Ameen :')






Ps: Perempuan tak perlu intan. Tak perlu permata. Cukup dengan perhatian. Kau akan buat dia perempuan yang paling bahagia.



3 comments:

FarhanahAdzlan said...

moga kita dijauhkan dengan cinta hina dan mendapat cinta yang sebenar iaitu cinta Allah :)

kocix! said...

cinta mmg melalaikan..
wwuuuhuhu
tapi biarla cinta pada Allah itu lebih dari cinta pd sesorg..

kocix! said...

cinta mmg melalaikan..
wwuuuhuhu
tapi biarla cinta pada Allah itu lebih dari cinta pd sesorg..